Isnin, 31 Ogos 2009

Percubaan PMR- sambungan 1.

10. Antara berikut plag manakah digunakan untuk alatan berkuasa kecil?
A.


B.

C.


D.


11. Jadual di bawah menunjukkan bacaan pada meter kilowatt jam.

Bacaan meter bulan sebelumnya = 963015
Bacaan meter bulan semasa = 965359


Kadar tarif:

Bagi 200 unit pertama : 0.218 sen

Bagi 800 unit berikutnya : 0.258 sen


Berapakah kos tenaga elektrik digunakan?
A. RM 43.60

B. RM 51.01

C. RM 52.37

D. RM 60.37


12. Rajah di bawah menunjukkan bahagian utama motor DC. Antara yang berikut yang manakah menjadi elektromagnet.


B


13. Antara berikut yang manakah BENAR tentang komponen Transistor?
i. Unit asasnya ialah ohm
ii. Berfungsi sebagai suis kawalan
iii. Diperbuat daripada bahan separa pengalir
iv. Bertindak meninggikan arus, voltan dan kuasa.
A. i. ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv.

Ahad, 30 Ogos 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009 - Perlis

*Ini adalah sebahagian daripada soalan yang dapat di up loadkan. Sambungannya akan diikuti di entry berikutnya...insyaAllah.

1. Rajah 1 menunjukkan alat keselamatan. Apakah fungsi alat itu?
A. Menyedut habuk
B. Menyedut asap
C. Menyembur cat
D. Memadam api

2. Penyataan di bawah menerangkan faktor reka bentuk. Produk yang dihasilkan hendaklah mesra alam. Apakah maksud mesra alam?
A. Murah
B. Selamatdigunakan
C. Dapat menyelesaikan masalah
D. Mampu dibeli oleh semua golongan

3.
Apakah tujuan jadual itu?
A. Menjimatkan kos bahan
B. Memudahkan kerja pengurusan
C. Memudahkan kerja pengujian dan pengubahsuai
D. Memastikan projek siap dalam tempoh yang ditetapkan

4. Antara yang berikut yang manakah perlu ada dalam pendokumentasian produk?
I. Sejarah penghasilan
II. Nama dan fungsi
III. Latarbelakang
IV. Deskripsi

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II III dan IV

5. Penyataan di bawah merupakan satu definisi.
"Susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk." Apakah definisi itu?
A. Reka cipta
B. Reka bentuk
C. Pembinaan projek
D. Penghasilan produk

6. Antara yang berikut reka bentuk yang manakah selamat digunakan?
A.
B.
C.

7. Antara yang berikut yang manakah berlungsi menurun dan menaikkan bindu?
Q
A. P
B. Q
C. R
D. S
8. Penyataan di bawah menerangkan proses membina dan mencantum
• Memasang tetingkat di dalam almari atau di dinding
• Diperbuat daripada keluli lembut
Apakah bahan itu.
A.
B.
C.
9. Rajah 3 menunjukkan satu cara untuk menghasilkan sumber tenaga elektrik.


Apakah sumber itu?

A. Haba
B. Kimia
C. Tekanan
D. Kemagnetan

Sabtu, 8 Ogos 2009

JAHITAN HIASAN

1. Tampal Hias
Tampal hias ialah tampalan satu atau lebih kepingan fabrik yang berbentuk atau kepingan motif daripada fabrik ditampal dan dijahit ke atas pakaian atau artikel.


2. Tampal Cantum
Tampal cantum ialah cantuman beberapa keping fabrik yang sama warna atau berlainan warna, corak, bentuk dan saiz untuk menghasilkan corak yang menarik. Kepingan fabrik dicantumkan dengan mata jahitan lilit ubi untuk menghasilkan satu motif atau gambar. Motif ini kemudiannya dijahit ke atas artikel atau pakaian sebagai hiasan. Tampal cantum juga boleh dijadikan artikel besar seperti selimut, kusyen dan beg.

3. Jahitan Sulaman
Sesuatu hiasan boleh dijahit dengan mata jahitan sulaman untuk mendapatkan satu motif yang menarik. Motif yang hendak dihasilkan boleh dijahit dengan hanya satu rupa mata jahitan seperti gambar yang dihasilkan dengan mata jahitan silang pangkah. Kombinasi dua atau lebih mata jahitan sulaman boleh diaplikasikan untuk menghasilkan satu motif yang menarik. Mata jahitan sulaman juga boleh diguna bersama tampal hias supaya hiasan menjadi lebih kreatif.

4. Kuilting
Kuilting ialah corak yang timbul yang dihasilkan daripada tiga lapisan fabrik dilapik dengan wadding atau span nipis di tengah-tengah dan dilapis dengan sehelai kain di sebelah belakang lalu dijahit ketiga-tiga lapisan tersebut.

Rabu, 5 Ogos 2009

Tanggam Kayu.

Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan ataupun projek siap dibina. Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu:
· Tanggam melebar
· Tanggam siku
· Tanggam pemidang
· Tanggam memanjang

Membuat tanggam
· Tanggam dalam kerja kayu digunakan sebagai salah satu kaedah mencantum dua bahagian kayu.
· Terdapat empat kategori tanggam dalam kerja kayu iaitu tanggam melebar,tanggam siku, tanggam pemidang dan tanggam memanjang.
· Tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah serta tanggam tetingkat adalah kategori tanggam melebar.
· Manakala tanggam temu, tanggam rencong dan tanggam bajang adalah kategori tanggam siku.
· Tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan tanggam lubang dan puting pula dikategorikan sebagai tanggam pemidang.
· Tanggam skaf, tanggam plat sambut, tanggam sambung jari dan tanggam sambung lekap adalah kategori tanggam memanjang.
· Tanggam penetap dipasang dengan menggunakan kayu yang dipanggil penetap atau “dowel” yang mempunyai pelbagai saiz dan diameter.
· Bahan pencantuman dan pemasangan seperti paku, glu, skru, bolt dan nat digunakan untuk mengukuhkan lagi tanggam yang dibina.
· Peralatan seperti ragum meja kayu, apit G dan apit panjang perlu semasa membuat tanggam dan mencantum bahagian-bahagian tanggam.

Tanggam Lekap

Digunakan dalam pembinaan dimana pemidang lintang bertemu pemidang tegak secara melintang dihujungnya.
Tanggam jenis ini dibuat dengan menarah kedua-dua bahagian keping kayu yang akan dilekapkan. Tarahan hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaannya berkeadaan rata. Tanggam lekap boleh dibuat dalam lima cara, iaitu :
(a) Tanggam lekap siku atau pepenjuru
· Digunakan pada sudut pemidang yang kecil
(b) Tanggam lekap penjuru rencong
· Digunakan untuk membuat kumai seperti pada kerangka gambar kerana pelitupannya dapat melindungi hujung ira kayu
(c) Tanggam lekap T
· Digunakan dalam pembinaan pemidang pada pemidang lintang yang bertemu dengan pemidang tegak secara bersilangan jauh dari hujungnya
(d) Tanggam lekap palang
· Digunakan pada dua keping kayu yang bersilang
(e) Tanggam lekap bajang
· Kegunaannya sama dengan tanggam lekap T tetapi lebih kuat untuk menahan tarikan dari sebelah luar



Ia digunakan pada dua keping kayu yang bersilang

Tanggam temu

Tanggam Temu dikenali sebagai tanggam sudut tepi. Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu secara bersudut tepat. Tanggam temu boleh diglu, dipaku atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak atau peti biasa yang dibuat secara bersudut tepat.

Dokumen shaniza.