Jumaat, 29 Januari 2010

Produk dipasaran (Modul 4)

Berikutan kesukaran pelajar mencari dan memilih gambar produk dipasaran (kerja kursus modul 4 KHB Tingkatan 3), cikgu meletakkan beberapa keping gambar yang boleh diambil untuk dijadikan contoh bagi tugasan kerja kursus para pelajar.




Jumaat, 22 Januari 2010

Latihan

1. Langkah pertama dalam mereka cipta adalah
A mencari bahan C membuat perbincangan
B mengumpul data D mengenal pasti masalah

2. Maklumat dan data dapat dikumpulkan melalui
I soal selidik
II pemerhatian
III lawatan ke pameran
IV membaca buku-buku rujukan

A I dan II C I, II dan III
B I dan III D I, II, III dan IV

3. Kebaikan menyediakan jadual kerja adalah
A pelaksanaan dapat dikawal
B masa pencetusan idea dijimat
C kos penggunaan bahan dijimat
D projek dapat diurus dengan cepat

4. Apakah tujuan utama pengiraan kos ?
I Mengurangkan jumlah kos sampingan
II Menentukan harga produk untuk tujuan pasaran
III Mengetahui jumlah kos pengeluaran sesebuah produk
IV Menentukan kos pengeluaran tidak melebihi had yang ditentukan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

5. Antara berikut yang manakah bukan alatan untuk menanda ?
A Pita ukur
B Jangka lukis
C Pisau penanda
D Tolok penanda

6. Antara berikut, mesin yang manakah sesuai untuk kerja memotong lengkungan pada papan lapis?
A Mesin sander
B Mesin gergaji jig
C Mesin gerudi mudah alih
D Mesin cordless screw driver

7. Tujuan persembahan projek ialah menerangkan perkara tentang
I kos produk
II kelemahan projek
III jenis bahan yang digunakan
IV ciri dan keistimewaan projek
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


8 Jadual di bawah menunjukkan pengiraan kos untuk 40 unit rak botal.

Sekiranya anda inginkan keuntungan sebanyak 40% bagi setiap unit,

berapakah harga jualan seunit?

Perkara Kos

Kos bahan RM500.00

Kos upah RM280.00

Kos sampingan RM60.00

A RM30.40 C RM21.00

B RM29.40 D RM12.50


9. Pernyataan yang berikut adalah benar mengenai apit G, kecuali ………….

A saiznya ditentukan oleh panjang hulunya

B saiz yang biasa ialah di antara 6 cm dengan 30 cm

C digunakan untuk mengapit kayu yang hendak dipotong, dipahat atau digerudi

D digunakan bersama dengan reja kayu supaya rahang tidak meninggalkan kesan pada kayu


10 Dalam sistem perpaipan domestik, paip yang menghubungkan meter air

dengan tangki simpanan air dikenali sebagai ……

A paip agihan

B paip limpah

C paip perhubungan

D paip perkhidmatan

Sabtu, 2 Januari 2010

Lukisan Teknik

ALATAN LUKISAN TEKNIK

-Pembaris.
-Pemadam pensel.
-Papan lukisan.
-Sesiku T.
-Jangka tolok.
-Kertas saiz A4.

BAHAN
1. Kertas Grid.



2. Kertas Isogrid



Melakar
a. Tujuan Melakar
b. Membantu memperjelaskan rupa dan bentuk cadangan rekaan secara 3D atau 2D
Lukisan lakaran dibuat dengan menggunakan pensil
- Lukisan Lakaran yang baik haruslah mengandungi
      1. maklumat bahan
      2. ukuran panjang dan lebar
      3. ukuran tinggi dan tebal
      4. jenis penyambung yang digunakan
      5. tarikh lakaran
      6. Skala
      7. Dimensi
      8. Nama individu/kumpulan
      9. Nama projek


Jenis lukisan lakaran

a. Lukisan Oblik

Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 1 garisan mendatar dan 1 garisan serong bersudut 45º darjah sebagai paksi


b. Lukisan isometrik

Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 2 garisan tapak 30º darjah sebagai paksi


c. Lukisan perspektif

Lukisan yang didasarkan kepada suatu titik lenyap atau garis ufuk



MENDIMENSI

1. Dimensi bertujuan menentukan saiz dan kedudukan bahagian objek

2. Perkara perkara yang diberi perhatian semasa mendimensi :

Garisan unjuran

Garisan dimensi

Anak panah

3. Garisan dimensi mesti selari dengan garisan objek



Dokumen shaniza.