Selasa, 9 Oktober 2012

Selamat Buat Pelajar PMR



Buat semua pelajar yang sedang menduduki peperiksaan PMR 2012. Semoga semua mendapat kejayaan yang diidamkan.

Isnin, 23 Julai 2012

BATER



B3D7E1 Menyedia makanan daripada bater cair.

Sukatan Asas bater cair.
100gm tepung gandum
250 ml cecair
1 biji telur
1/4 camt garam.

Menyediakan bater.
1. Ayak tepung gandum dan garam.
2. Buat lubang di tengah-tengah tepung dan masukkan telur.
3. Tuangkan sedikit cecair dan kacau supaya tak berketul atau bergentel.
4. Tuangkan semua cecair. Kacau dengan pemukul supaya memerangkap udara.
5. Biarkan bater 1/2 jam sebelum masak.

Kuih muih yang boleh dihasilkan dengan bater cair adalah;





Kuih Cara











kuih lompang









kuih lapis











kuih kosui







kuih ketayap/ dadar









sumber gambar dari google.

Ahad, 8 Julai 2012

Amalan Pemakanan Yang Sihat

1. Elakkan Garam - Kreatifkan Dgn Menukar Herba / Rempah Ratus.
2. Jangan Makan Daging Proses: Hot Dog, Burger, Bebola Daging...
3. Jangan Makan Sayur Dalam Tin.
4. Elak Makanan Bergoreng, Kuli Ayam, Lemak Daging, Makanan Segera.
5. Hadkan Kafein: Kopi, Rokok...
6. Jauhi Bahan Pengawet, Pewarna, Perasa.
7. Awas Lemak Tersembunyi: Santan Dlm Kari, Nasi Lemak, Rot Canai...

Apa Yang Penting Amalkan Pemakanan Yang Sihat Untu Kehidupan Yang Sihat :)
Foto: [TIPS SIHAT] - SIHAT GAYA MALAS?
------------------------------

1. Elakkan Garam - Kreatifkan Dgn Menukar Herba / Rempah Ratus. 
2. Jangan Makan Daging Proses: Hot Dog, Burger, Bebola Daging... 
3. Jangan Makan Sayur Dalam Tin. 
4. Elak Makanan Bergoreng, Kuli Ayam, Lemak Daging, Makanan Segera. 
5. Hadkan Kafein: Kopi, Rokok... 
6. Jauhi Bahan Pengawet, Pewarna, Perasa. 
7. Awas Lemak Tersembunyi: Santan Dlm Kari, Nasi Lemak, Rot Canai...

Apa Yang Penting Amalkan Pemakanan Yang Sihat Untu Kehidupan Yang Sihat :)

Sumber: Hot FM sumber http://www.facebook.com/SihatOSC

Jumaat, 29 Jun 2012

Komen Anda Diperlukan

Sesiapa yang berminat membaca novel, boleh tolong memberikan komen terhadap penulisan yang saya buat. Insya Allah novel ini akan diterbitkan tahun depan.. Boleh komen di fb Buku Prima ini. Terima kasih.

http://www.facebook.com/bukuprima/posts/10151008098732697

Khamis, 12 April 2012

SOALAN ORGANISASI BENGKEL


1          Bahan manakah yang paling sesuai digunakan untuk mencuci luka apabila berlaku kemalangan?

A          air suam
B          air sejuk
C         air sabun
D         antiseptik

2          Ketua kumpulan di dalam sebuah bengkel dikenal sebagai

A          AJK
B          Guru   
C         Formen
D         Penolong Formen

3          Jadual tugas digunakan untuk
            A          membekalkan maklumat kepada semua ahli
            B         membekalkan senarai nama penuh ahli kumpulan
C         memastikan semua ahli dapat mengamalkan nilai murni
            D         memastikan semua ahli dapat bertugas mengikut giliran

4          Kegunaan mesin penyedut hampagas adalah
            A          membersih bahagian alatan yang berkarat
            B          memadam punca api kebakaran yang kecil
            C        menyedut habuk dari permukaan lantai dan permaidani
            D        menghembuskan keluar kotoran daripada alatan elektrik




Murid ditegah berbual semasa menggunakan peralatan atau mesin

 

5          Pernyataan di atas merujuk kepada Peraturan keselamatan
            A          diri
            B          alatan
            C         bengkel
            D         sekolah
                                                         
6          Antara pernyataan berikut yang manakah dapat membantu murid mengelakkan
            kemalangan di bengkel?

            I           Pastikan lantai tidak berminyak
            II          Gulung lengan baju yang panjang
III         Menggunakan alat-alat yang tidak tajam
            VI         Gunakan sarung tangan semasa menggergaji         
A          I dan II
            B          I dan III
            C         II dan III
            D         III dan IV

7          Apakah maksud konsep 4M yang mesti diamalkan semasa di dalam bengkel?

            A          Amalan membersih, menyusun atur, menilai dan mendisiplin
B          Amalan membersih, menyusun atur, membantu dan menjaga kerja
            C         Amalan membersih, menyusun atur, menilai dan menghasilkan kerja
D         Amalan membersih, menyusun atur, membantu dan menghasilkan kerja

.8         Langkah-langkah di bawah merupakan cara untuk merawat kecederaan ringan
            kecuali
           
            A          sapukan luka dengan iodin
            B          bersihkan luka dengan antiseptik
            C         bawa pelajar yang cedera berjumpa doktor
            D         balutkan luka dengan plaster atau kain kasa

9          Antara berikut, bahan manakah yang terdapat di dalam sebuah kotak pertolongan cemas?

            I           Kapas
            II          Gunting
            III         Spirit metil
            IV         Playar muncung tirus
            A          I dan II
            B          I dan IV
            C         II dan III
            D         II dan IV

10        Label B merujuk kepada alat pemadam api jenis
            A          air
            B          buih
            C         debu kering
            D         karbon dioksida

11        Antara berikut alat pemadam api jenis manakah yang paling sesuai untuk memadam  api dari semua jenis punca kebakaran?

            A          A
            B          B
            C         BC
            D         ABC


12        Apakah langkah pertama yang perlu diambil jika ternampak punca api kebakaran
            dalam Bengkel Kemahiran Hidup?

            A          Melaporkan kepada guru
            B          Menuju ke kawasan lapang
            C         Membunyikan loceng amaran
            D         Mengosongkan bengkel dengan segera

13        Antara berikut yang manakah urutan langkah-langkah mengendalikan alat pemadam api?

            I           Cabut pin picu keselamatan
            II          Halakan “nozel” ke punca api
            III         Tekan tuas rapat kepada pemegang
            A          I, II dan III
            B          I, III dan II
            C         II, III dan I
            D         II, I dan III

14        Antara slogan yang berikut, manakah yang paling sesuai diletakkan di dalam
            bengkel?

            A          Sabar Membawa Berkat
            B          Utamakan Keselamatan
            C         Peraturan Bengkel Untuk Semua
            D         Rajin Dan Usaha Tangga Kejayaan

15        Etika dan budaya kerja diamalkan supaya

            I           menjamin mutu kerja
            II          memudahkan cara bekerja
            III         menjadikan tempat kerja lebih selesa
            IV         memupuk hubungan yang baik antara satu sama lain
A          I dan II
            B          II dan III
            C         I, II dan III
            D         I, II, III dan IV

16        Bengkel Kemahiran Hidup di sekolah perlu dilengkapkan dengan alat
            keselamatan seperti

            I           alat pemadam api
            II          buku kedatangan pelajar
            III         kotak pertolongan cemas
            IV         buku rekod kemalangan dan kecederaan
            A       I dan II
            B       I dan III
            C       II dan III
            D       III dan IV

17        Etika kerja bermaksud

            A          disiplin dan sikap individu terhadap kerja
            B          amalan tidak membazir dan sentiasa ceria
            C         peradaban manusia seperti berilmu dan berkemahiran
            D         cara peradaban yang menjadi amalan dalam organisasi

18        Seorang formen mempunyai tugas untuk

A          membersih lantai dan menyusun peralatan di makmal
B          memastikan para pelajar menggunakan alat tangan yang betul semasa menjalankan kerja amali
C         melakukan kerja penyelarasan tugas membuka dan menutup tingkap di makmal
D         memastikan pelajar menjalankan tugas mengikut giliran tugasan masing-masing

19        Langkah keselamatan yang harus diamalkan ialah
      
A          menguji ketajaman pahat dengan jari
B          menangkap pahat yang terjatuh kelantai
C         menggunakan pahat yang tajam semasa memahat
D         menggunakan pahat yang tumpul semasa memahat

20        Seseorang pekerja yang menggunakan mesin gerudi hendaklah memakai kaca mata keselamatan . Antara berikut yang manakah langkah lain yang sepatutnya diambil oleh pekerja itu?

I           Memakai kasut bertapak getah
II          Mengapit benda kerja dengan ragum
III         Menarik pemegang dengan kuat supaya mata gerudi berputar dengan laju
IV         Melepaskan pemegang sekali sekala supaya mata gerudi tidak terlalu panas
A          I, II dan III
B          I, II dan IV
C         I, III dan IV
D         II, III dan IV     

21        Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan organisasi bengkel?

            I           memupuk etika kerja dikalangan pekerja
            II          Pekerja dapat menjalankan kerja dengan teratur
            III         Membebankan pekerja dengan pekerja tambahan
            IV         Mencegah berlakunya kemalangan dan kecederaan
            A          I, II dan III
            B          I, II dan IV
            C         II, III dan IV
            D         I, II, III dan IV

22        Antara berikut, yang manakah adalah langkah keselamatan bengkel?

            I           Sentiasa mengamal tabiat kerja yang baik
            II          Sentiasa memastikan kebersihan makmal
            III         Sentiasa menyimpan bahan ditempan yang sesuai dan teratur
            IV         Sentiasa memastikan suis ditutup sebelum meninggalkan makmal 
            A          I, II dan III
            B          I, II dan IV
            C         II, III dan IV
            D         I, II, III dan IV

23        Apabila berlakunya kecederaan yang kecil di dalam bengkel, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah

            A          melaporkan kepada guru dengan segera
            B          menghubungi ibu bapa pelajar tersebut
            C         melakukan rawatan pertolongan cemas
            D         menghantar pelajar tersebut ke hospital

24        Mengapakah gergaji yang tumpul tidak boleh digunakan dalam kerja kayu?

            A          Ia membazirkan tenaga
            B          Ia melambatkan kerja
            C         Ia mendatangkan bahaya
            D         Ia merosakkan benda kerja

25        Pakaian yang sesuai dibengkel semasa menggunakan mesin gerudi elektrik adalah seperti berikut kecuali

            A          memakai baju berlengan panjang
            B          memakai sarung tangan
            C         memakai gogal
            D         memakai apron

26        Manakah antara berikut ,perlu ada di dalam kotak pertolongan cemas

            I           Plaster
            II          Iodin
            III         Sabun
            IV         Air mineral
            A          I dan II
            B          I dan III
            C         II dan IV
            D         III dan IV

27        Apakah yang dimaksudkan dengan organisasi bengkel?

            A          Cara-cara mengemas kini keadaan di dalam bengkel
            B          Sistem menyimpan alatan dengan kemas dan teratur
C         Sistem tugasan yang menyenaraikan tugas murid dan pembantu bengkel
D         Sistem pengurusan yang memerlukan kerjasama antara murid dengan guru