Tema: Penyimpanan
1. Mengenalpasti masalah :
Pada setiap hari masalah yang sering dihadapi oleh saya dan adik saya ialah meja kami sentiasa berselerak dan tidak kemas. Masalah ini disebabkan tiada satu produk yang boleh menyimpan banyak barang dalam satu rak. Oleh itu saya bercadang untuk mereka cipta Rak Serbaguna 4 DLM 1 untuk menyimpan pelbagai seperti alat tulis, kertas memo, bil pelbagai dan telefon bimbit.
Dari situasi di atas masalah yang dikenalpasti adalah meja berselerak dengan pelbagai bahan seperti alat tulis serta kertas memo dan mengambil masa yang lama untuk mengemas meja setiap hari.