PERSATUAN PENGGUNA
Persatuan pengguna adalah badan sukarela yang ditubuhkan untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna.
Persatuan ini bergabung sebagai Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Federation Malaysian Consumers Association) atau FOMCA
1. Melindungi hak dan kepentingan pengguna
2. Persatuan peniaga memastikan ahlinya tidak tertipu pengguna
3. Persatuan profesional memastikan ahlinya mematuhi etika
profesional mereka
4. Persatuan pengilang memastikan pengeluar mematuhi panduan-
panduan tertentu dalam proses pengeluaran, penjualan dan pengiklanan
5. Lembaga Piawaian Pengiklanan mengeluarkan panduan mengiklan supaya tidak mengelirukan pengguna atau memberi penerangan palsu.
BENTUK PERLINDUNGAN PENGGUNA
Pengguna diberi perlindungan daripada penyelewengan oleh peniaga atau pengeluar. Terdapat 3 cara perlindungan pengguna itu :
1.Pendidikan Kepenggunaan –
Pengguna perlu mempunyai sifat sedar akan hak dan tanggungjawab mereka, bijak memilih, bersikap kritikal terhadap iklan dan sedar akan kewujudan badan yang melindungi kepentingan pengguna. Pendidikan konsumerisme di serapkan melalui mata pelajaran KHB di sekolah.
2.Undang-Undang –
Pengguna juga perlu sedar tentang akta yang digubalkan oleh kerajaan dan badan-badan kerajaan
3.Menyelaras Kepentingan Pengguna
Kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna Kebangsaan (MPPPK) pada tahun 1973 sebagai penasihat kerajaan tentang kawalan barang dan harga, mengkaji dan menilai amalan perniagaan, mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah pengguna dan menerbitkan majalah serta risalah yang bertujuan menyebarkan maklumat terkini kepada pengguna.
Anggota Majlis Pengguna terdiri daripada wakil kerajaan, persatuan pengelur, kesatuan pekerja, pertubuhan belia dan orang perseorangan.
PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP GERAKAN KONSUMERISME
1.Membuat soal selidik –
Ianya dibuat bagi menentukan samada masyarakat sedar berkaitan gerakan konsumerisme atau sebaliknya. Borang soal selidik mesti mengandungi maklumat berkaitan konsep utama konsumerisme, hak dan tanggungjawab pengguna. Kod Etika Amalan Perniagaan dan pelabelan barang
2.Mengadakan ceramah –
Diadakan untuk menilai samada masyrakat menerima gerakan konsumerisme tau sebaliknya. Bilangan pendengar yang datang dapat dijadikan ukuran samada masyarakat mengetahui tentang konsumerisme atau tidak
3.Pameran –
Pameran konsumerisme juga boleh diadakan bagi mengetahui sejauh mana masyarakat mengetahui tentang gerakan konsumerisme
Bentuk Penyelewengan
–Masyarakat pengguna sedar mereka dididik agar kritis dalam menilai kualiti barang.
–Masyarakat juga dilatih supaya dapat membuat pilihan yang bijak.
–Pembentukan nilai hidup yang menguntungkan pengguna dan mengubah kepercayaan umum bahawa barangan atau perkhidmatan yang mahal atau diimport adalah lebih baik daripada dikeluarkan di negara sendiri.
–Pengguna disarankan berani mengambil tindakan apabila tertindas
–Mengetahui peruntukan undang-undang yang ada dan dapat menggunakannya apabila diperlukan.
–Masyarakat harus sentiasa mempertingkatkan kemahiran mereka ketika membeli barangan atau perkhidmatan.
–Masyarakat sekarang telah sedar agar sentiasa melindungi alam sekitar.
–Pengguna yang bijak ialah pengguna yang dapat menguruskan perbelanjaannya dengan baik mengikut suasana ekonomi semasa.
PERANAN PERSATUAN PENGGUNA
1.Menerima dan menyiasat aduan – Persatuan pengguna akan menerima sebarang aduan daripada pengguna. Aduan tersebut akan di siasat dan persatuan berusaha menyelesaikan, Jika tidak dapat diselesaikan, persatuan akan merujuk kepada pihak berkuasa seperti Kemeterian Perdagangan dan Hal Ehlwan Pengguna, Kementerian kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan sebagainya
2. Menyebar Maklumat :- Semua hasil kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh persatuan pengguna akan disiarkan melalui media massa dam majalah persatuan pengguna seperti Utusan Pengguna yang dikeluarakan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang,
3. Memberi pendidikan pengguna :- Persatuan pengguna berusaha memberi pendidikan, latihan dan kesedaran kepada pengguna melalui aktiviti ceramah, kursus, forum, seminar dan pameran dengan kerjasama dengan agensi kerajaan Usaha yang dijalankan bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pengguna tentang hak mereka di sisi undang-undang
4.Memberi Bantuan dan Khidmat Nasihat:-
Persatuan pengguna membantu meningkatkan kemahiran pengguna dalam memilih, membeli dan menggunakan barangan melalui konsumerisme. Persatuan pengguna juga berusaha melahirkan pengguna yang bijak dan berjimat-cermat semasa berbelanja untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka dengan mengedarkan risalah, menerbit majalah pengguna dan mengadakan ceramah konsumerisme
PERANAN KERAJAAN
Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna.
1.Menggubal Undang-Undang
Undang-udang yang pelbagai telah dugubal oleh kerajaan bertujuan memberi perlindungan kepada pengguna. Akta berikut digubal oleh kerajaan untuk memberi perlindungan keselamatan dan kesihatan pengguna.
a)Akta Kawalan Harga 1946 (Pindaan 1973) – pengawalan harga barang di pasaran. Sekiranya sesuatu barang melebihi harga ditetapkan, pengguna berhak menuntut kembali lebihan harga yang dikenakan.
b)Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 1973)– bekalan barang mudah didapati dengan harga berpatutan. Pengguna berhak mendapat bekalan yang mencukupi walaupun pada hari Perayaan yang mempunyai tanda harga, label, gred kualiti, berat dan jenis barang untuk memudahkan membuat perbandingan dan pemilihan
c)Akta Timbang Dan Sukat 1972 – memastikan semua alat timbang dan sukat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Pengghuna berhak menolak penggunaan alat timbangan yang tidak diperakui oleh kerajaan.
d)Akta Perihal Dagangan 1972 (Pindaan 1982) – larangan terhadap kenyataan palsu tentang barang yang dipasarkan. Pengguna juga mempunyai hak untuk diberi pengiklanan yang tidak mengelirukan
e)Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (pindaan 1983) – Pengguna berhak mendapat barangan atau ubatan yang digunakan campuran bahan kimia yang minimum di dalam akta ini.
f)Akta Sewa Beli 1967 – Pengguna yang membeli barang secara kredit atau hutang berhak untuk mendapatkan kadar faedah yang tertentu dan telah ditetapkan oleh kerajaan
g)Peraturan Makanan 1985 – Pengguna berhak mendapatkan maklumat daripada label berkaitan tarikh pembuatan, tarikh habis guna, bahan yang digunakan serta sumber makanan melalui akta ini. Pengguna juga berhak mendapatkan makanan yang tidak mempunyai bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan
h)Akta Label 1980 – Pengguna berhak untuk mendapatkan maklumat lengkap berkaitan barangan daripada label berkenaan. Label mesti mempunyai 5 aspek penting iaitu.
i. Maklumat seperti Jenama, harga, tarikh luput, nama dan alamat pengeluar
ii. Maklumat kandungan bahan
iii. Arahan Pengguna
iv. Amaran dan petunjuk
v. Label jelas dan mudah dibaca
i)Akta Elektrik 1973 – Keselamatan pengguna berkaitan penggunaan alatan eletrik merupakan hak pengguna dalam akta ini. Barangan elektrik yang derada di pasaran perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Bekalan Elektrik (JBE) terlebih dahulu.
Akta Mutu Alam Sekitar 1974 – Akta ini digubal untuk mengawal pencemaran alam sekitar yang dilakukan oleh orang perseorangan tau kilang perusahaan. Contoh, akta melarang sesiapa membakar sampah atau bahan buangan di kawasan terbuka.
2.Menguatkuasa Undang-Undang
Kerajaan menubuhkan kementerian dan agensi tertentu untuk menguatkuasa undang-undang dan akta berkaitan dengan pengguna
a.Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna memastikan akta dipatuhi dan mengawal peniaga daripada melakukan penyelewengan.
b.Kementerian Kesihatan memastikan kebersihan diamalkan di premis-premis dan di tempat pengeluar utama seperti pengeluar makanan dan memastikan ubat yang dibekalkan adalah selamat dan tidak bercun
c.Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar bertugas memastikan kualiti alam sekitar terkawal melalui pencegahan, pengurangan dan pengawalan pencemaran.
d.SIRIM juga bertanggungjawab memantau barang yang dikeluarkan oleh pengeluar adalah berkualiti dan selamat digunakan.
e.Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab memastikan barangan keluaran seperti makanan dan kosmetik tidak mengandungi bahan yang dilarangkan “MESTI ADA LOGO HALAL”
Jumaat, 24 April 2009
Ahad, 5 April 2009
Uji Minda Anda
1.Antara faktor yang berikut, yang manakah TIDAK termasuk dalam merancang diet seimbang?
A. jantina B. aktiviti C. rupa paras D. kesihatan
2.Sarapan pagi penting untuk kita kerana
A.sarapan pagi senang dihidangkan
B.nutrien dalam sarapan adalah seimbang
C.sarapan pagi merupakan hidangan pertama
D.sarapan pagi dapat membekalkan tenaga yang hilang
3.Makanan manakah yang dapat mengelakkan sembelit?
A. roti dan nasi C. tenusu dan hasil tenusu
B. ikan dan daging D. sayur-sayuran dan buah-buahan
4.Yang berikut adalah hidangan sepinggan lengkap, KECUALI
A. lontong B. mee kari C. burger D. kuih lapis
5.Apakah yang dimaksudkan dengan makanan bekal?
A.Makanan yang mengandungi semua jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.
B.Makanan yang dimasak,dibungkus untuk dimakan di tempat lain.
C.Makanan yang dapat membekalkan tenaga kepada kita.
D.Makanan yang dihidangkan antara hidangan utama untuk mengalas perut.
6. Mengapakah kita perlu menyediakan sajian yang seimbang?
A. supaya perbelanjaan dapat dikawal
B. supaya kesihatan badan sentiasa terjaga.
C. supaya kita dapat makan dengan selesa
D. supaya masa memasak adalah singkat.
7.Apakah menu makan tengah hari yang sesuai untuk seorang buruh kasar?
A. sandwich sardin, kubis goreng dan tembikai.
B. kek coklat, tart nenas, popia
C. pizza, salad buah-buahan, buah oren
D. nasi ayam, pisang, sirap.
8. Antara berikut hidangan yang manakah merupakan hidangan sepinggan lengkap mengikut cara barat?
I. lontong
II. spaggeti
III. soto ayam
IV. macaroni
A.I dan II
B.II dan III
C.III dan IV
D.I dan IV
9. Apakah jenis tepung yang biasa digunakan untuk membuat kek?
A. tepung jagung
B. tepung gandum
C. tepung beras
D. tepung pulut
10. Apakah peranan esen dalam membuat kek?
A. memberi perisa kepada kek
B. mengembangkan kek
C. melembutkan tekstur kek
D. memasukkan udara ke dalam kek
11. Mengapakah pastri rapuh kurang sesuai untuk kanak-kanak, orang tua dan pesakit?
A. mengandungi terlalu banyak khasiat makanan
B. susah dihadamkan kerana kandungan lemaknya tinggi
C. terlalu manis dan boleh merosakkan gigi
D. sangat keras dan susah dimakan
12. Kaedah menggoreng dengan minyak banyak sesuai untuk memasak kuih berikut KECUALI
A. kuih cara
B. kuih keria
C. kuih rengas
D. cucur badak

HIDANGAN UNTUK PESAKIT
1. Pesakit merupakan seseorang yang kurang sihat, tidak berdaya atau lemah disebabkan oleh penyakit atau kecederaan.
2. Hidangan untuk pesakit mestilah seimbang, berkhasiat, tidak berlemak, mudah dihadam dan mudah disediakan serta menarik.
3. Resepi hidangan untuk pesakit perlu dirancang dengan teliti dan sesuai dengan keperluan pesakit.
4. Sajian untuk pesakit perlu mengandungi nutrien penting yang dapat membaiki tisu-tisu badan, membekalkan tenaga dan makanan pencegah penyakit.
5. Banyakkan ramuan sayuran dan buah-buahan dalam hidangan.
6. Antara sajian yang sesuai dimakan oleh pesakit ialah:
a) bubur nasi, sup ikan – mereneh
b) merebus – bubur daging/ikan/ayam
c) mengukus – ikan kukus, telur kukus, kastard karamel
Memilih Makanan Siap Masak Untuk Pesakit.
1. Makanan siap masak ialah makanan yang telah melalui proses penyediaan yang lengkap.
2. Makanan jenis ini boleh dimakan terus tanpa dimasak atau dipanaskan lagi.
3. Makanan siap masak dibungkus dengan baik dalam botol, tin atau beg plastik.
4. Contoh makanan siap masak ialah roti gandum tulin, kek buah-buahan dan minuman bersusu atau jus buah-buahan.
5. Jangan pilih makanan yang mengandungi banyak bahan tiruan, pewarna dan bahan pengawit.
Penambah Nilai Makanan Untuk Pesakit.
1. Hidangan sesuatu makanan boleh ditambahkan nilainya dari segi rasa, rupa dan kandungan nutrien.
2. Susu dan telur dimasukkan ke dalam puding roti untuk menambah nilai dan rasa makanan.
3. Makanan mudah seperti oat dan emping jagung boleh dijadikan bahan penambah nilai semasa menyediakan hidangan untuk pesakit.
Puding Roti
Bahan;
6 keping roti gandum tulin
1 liter susu
1 camca besar mentega
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur
20 gm kismis
Cara membuatnya;
1. Carik-carikkan roti gandum tulin.
2. Campurkan susu, gula, mentega, kismis, telur dan esen vanilla ke dalam mangkuk adunan.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Rendamkan roti ke dalam adunan tersebut.
5. Apabila roti telah menjadi lembut, masukkan adunan ke dalam loyang pengukus dan kukus selama 40 minit sehingga puding masak.