Isnin, 23 Mac 2009

MAKAN TENGAH HARI DAN MAKAN MALAM

Memilih dan merancang menu makan tengah hari dan makan malam.

Makan tengah hari dan makan malam merupakan hidangan utama harian kita.
Menu hendaklah seimbang dan berkhasiat.
Menu yang dirancang dapat memenuhi cita rasa, pelbagai dari segi rupa, warna, tekstur dan kaedah memasak.
Boleh memilih hidangan sepinggan lengkap seperti nasi goreng, burger, nasi ayam dan sebagainya.
Dihidang secara rasmi dan tidak rasmi.

Pemilihan menu berdasarkan;

Masakan utama (protein) = kari daging, ayam goreng, ikan masam manis, sotong sumbat, sambal udang dn sebagainya.
Makanan yang mengenyangkan = nasi, mee, roti, kuetiau dan lain-lain
Sayur-sayuran = sup sayur, sawi goreng, terung panggang
Pencuci mulut = puding jagung, bubur caca, stew nenas
Minuman = Air tembikai, air limau, air laici


Contoh Hidangan Tengah Hari atau Malam.



2 ulasan:

  1. makan makanan yang sihat memberi kesihatan kepada kita.jadi makan lah makanan yang boleh mencerdas kan minda.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan makan yang sihat boleh mengekalkan metabolisma badan

      Padam