Rabu, 5 Ogos 2009

Tanggam Kayu.

Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan ataupun projek siap dibina. Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu:
· Tanggam melebar
· Tanggam siku
· Tanggam pemidang
· Tanggam memanjang

Membuat tanggam
· Tanggam dalam kerja kayu digunakan sebagai salah satu kaedah mencantum dua bahagian kayu.
· Terdapat empat kategori tanggam dalam kerja kayu iaitu tanggam melebar,tanggam siku, tanggam pemidang dan tanggam memanjang.
· Tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah serta tanggam tetingkat adalah kategori tanggam melebar.
· Manakala tanggam temu, tanggam rencong dan tanggam bajang adalah kategori tanggam siku.
· Tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan tanggam lubang dan puting pula dikategorikan sebagai tanggam pemidang.
· Tanggam skaf, tanggam plat sambut, tanggam sambung jari dan tanggam sambung lekap adalah kategori tanggam memanjang.
· Tanggam penetap dipasang dengan menggunakan kayu yang dipanggil penetap atau “dowel” yang mempunyai pelbagai saiz dan diameter.
· Bahan pencantuman dan pemasangan seperti paku, glu, skru, bolt dan nat digunakan untuk mengukuhkan lagi tanggam yang dibina.
· Peralatan seperti ragum meja kayu, apit G dan apit panjang perlu semasa membuat tanggam dan mencantum bahagian-bahagian tanggam.

Tanggam Lekap

Digunakan dalam pembinaan dimana pemidang lintang bertemu pemidang tegak secara melintang dihujungnya.
Tanggam jenis ini dibuat dengan menarah kedua-dua bahagian keping kayu yang akan dilekapkan. Tarahan hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaannya berkeadaan rata. Tanggam lekap boleh dibuat dalam lima cara, iaitu :
(a) Tanggam lekap siku atau pepenjuru
· Digunakan pada sudut pemidang yang kecil
(b) Tanggam lekap penjuru rencong
· Digunakan untuk membuat kumai seperti pada kerangka gambar kerana pelitupannya dapat melindungi hujung ira kayu
(c) Tanggam lekap T
· Digunakan dalam pembinaan pemidang pada pemidang lintang yang bertemu dengan pemidang tegak secara bersilangan jauh dari hujungnya
(d) Tanggam lekap palang
· Digunakan pada dua keping kayu yang bersilang
(e) Tanggam lekap bajang
· Kegunaannya sama dengan tanggam lekap T tetapi lebih kuat untuk menahan tarikan dari sebelah luar



Ia digunakan pada dua keping kayu yang bersilang

Tanggam temu

Tanggam Temu dikenali sebagai tanggam sudut tepi. Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu secara bersudut tepat. Tanggam temu boleh diglu, dipaku atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak atau peti biasa yang dibuat secara bersudut tepat.

4 ulasan:

  1. ltk lh jns2 kekang spya sng owg len cri........
    tq

    BalasPadam
  2. sya nk alatan2 tanggam boleh???

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Saya mahu huraian bagi proses membuat a) tanggam temu / b) tanggam parit terus

    BalasPadam