Isnin, 10 Januari 2011

Fius

Fius merupakan seutas dawai kuprum atau dawai aloi timah plumbum yang akan lebur apabila arus melebih hadnya mengalir melaluinya. Apabila arus melebihi had mengalir melalui fius, ia tidak terus putus sebaliknya ia akan mengambil masa untuk putus/lebur. Oleh itu, perlindungan jenis ini boleh dianggapkan sebagai kurang cekap.

Faktor fius adalah dipengaruhi oleh kadaran arus fius dan arus fius. Kadaran arus fius merupakan kadar arus maksima yang boleh mengalir melalui fius tanpa meleburkan/memutuskan fius tersebut.

Kadar fius yang biasa adalah seperti 1A, 2A, 3A, 5A, 13A, 20A, 25A, 30A, 45A, 60A, 70A, 80A dan 100A. Arus fius adalah arus minimum yang boleh mengalir melaluinya dan menyebabkan fius tersebut lebur/putus.

Oleh itu, faktor fius adalah:
Faktor fius = Arus fius / Kadar arus fius

Terdapat tiga jenis fius yang biasa digunakan untuk kerja pemasangan elektrik.
Iaitu:
(a) Fius dawai semula.
Keadaan fius ini adalah separuh tertutup atau terdedah.

(b) Fius kartrij tertutup. Terdapat dua jenis iaitu:
(i) Jenis badan lutsinar yang boleh dilihat dawai fius
(ii) Jenis badan tidak lutsinar yang tidak boleh lihat dawai fiusnya

(c) Fius keupayaan pemutus tinggi

Ahad, 21 November 2010

SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM

KEPADA SEMUA PELAJAR YANG AKAN MENEMPUHI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM TAHUN INI, CIKGU UCAPKAN SELAMAT BERJAYA. JAWABLAH SOALAN DENGAN PENUH KETENANGAN DAN JANGAN TERGOPOH-GAPAH... INSYAALLAH BERJAYA.


KENAPA ADA GAMBAR NARUTO PULAK NI??

SEBAIKNYA HENTIKAN DAHULU MENONTON TV ATAU APA SAJA JENIS GAME SEBAB ITU BOLEH MENUMPULKAN DAYA INGATAN...

KEPADA ANAKANDA FATIN NADIAH, BONDA UCAPKAN SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN SPM, SEMOGA DAPAT MENJAWAB SEBAIK MUNGKIN DAN MOGA MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG....INSYAALLAH.

Khamis, 7 Oktober 2010

Boleh Jawab PMR Ikut Suka Waktu??

Hari Isnin hadapan 11.10.10 akan berlangsungnya peperiksaan bagi kertas Kemahiran Hidup. Diharapkan semua pelajar yg menduduki PMR akan menghadirkan diri bagi kertas tersebut kerana ianya merupakan kertas terakhir bagi pelajar yg tidak mengambil matapelajaran Bahasa Arab dan sebagainya.

Pagi tadi ada seorang calon bagi pusat dua, sekolah cikgu tidak hadir utk ke dua2 kertas sains. Dia menghantar SMS kepada guru setiausaha peperiksaan sekolah utk menjawab kertas sains pada sebelah petang....Apa yg pelajar ni fikir???? Ini peperiksaan peringkat sekolah yg ikut suka2 hati nak jawab waktu bila?? Nak tergelak pun ada, sedih pun ada. Taklimat peperiksaan tak hadir, inilah jadinya.

Diharap semua calon PMR ambil ikhtibar dari kisah benar ini dan bertanggungjawablah utk diri sendiri...kalau tak nak berubah juga, sapa yg susah?? Diri sendirilah yg rugi...