Rabu, 22 Julai 2009

Lampu Pendarfuor


Litar lampu pendarfluor

Lampu pendarfluor

1. Tiub pendarfluor
Diperbuat daripada kaca yang berisi merkuri dan gas argon.
Bahagian dalam tiub disalur dengan lapisan fosfor.
Terdapat dua pin elektrod pada kedua-dua hujung tiub.
Apabila arus elektrik mengalir melalui pin elektrod, tiub akan menghasilkan sinaran ultraungu.
Cahaya putih akan dihasilkan apabila terkena sinaran ultraungu.
2. Perumah
Perumah lampu pendarfluor mengandungi cok, pemegang tiub, pemegang suis penghidup, dan suis penghidup.
3. Cok
Digunakan untuk membekalkan voltan yang tinggi pada awal penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala.


4. Pemegang tiub
Pemegang tiub terletak pada kedua-dua hujung perumah.
Pemegang tiub berfungsi untuk menyangga tiub pendarfluor.
5. Pemegang suis penghidup
Pemegang suis penghidup berfungsi untuk menempatkan suis penghidup.
6. Suis penghidup
Suis penghidup hanya berfungsi untuk menghidupkan lampu.
Lampu akan terus menyala walaupun suis penghidup ditanggalkan.
Kapasitor dalam litar lampu kalimantang adalah untuk memperbaiki faktor kuasa. Tanpa kapasitor, litar ini akan mewujudkan faktor kuasa rendah dan seterusnya akan memberi kesan kepada pendawaian lampu tersebut dalam jangkamasa panjang.
Kelebihan Lampu pendaflour
Warnanya putih terang dan tidak menyilaukan mata
Cahayanya sejuk
Menjimatkan elektrik
Tidak meninggalkan bayang hitam

1 ulasan:

  1. trima kasih krana bg info pasal lmpu nie...thanx...kalo boleh ltak la lbih detail lg...

    BalasPadam