Jumaat, 10 Julai 2009

Soalan Latihan Ting. 1

1. Label B merujuk kepada alat pemadam api jenis
A air
B buih
C debu kering
D karbon dioksida

2. Antara berikut alat pemadam api jenis manakah yang paling sesuai untuk memadam api dari semua jenis punca kebakaran?

A A
B B
C BC
D ABC
3. Apakah langkah pertama yang perlu diambil jika ternampak punca api kebakaran
dalam Bengkel Kemahiran Hidup?

A Melaporkan kepada guru
B Menuju ke kawasan lapang
C Membunyikan loceng amaran
D Mengosongkan bengkel dengan segera

4. Antara berikut yang manakah urutan langkah-langkah mengendalikan alat pemadam api?

I Cabut pin picu keselamatan
II Halakan “nozel” ke punca api
III Tekan tuas rapat kepada pemegang
A I, II dan III
B I, III dan II
C II, III dan I
D II, I dan III

5. Etika kerja bermaksud

A disiplin dan sikap individu terhadap kerja
B amalan tidak membazir dan sentiasa ceria
C peradaban manusia seperti berilmu dan berkemahiran
D cara peradaban yang menjadi amalan dalam organisasi

6. Seorang formen mempunyai tugas untuk
A. membersih lantai dan menyusun peralatan di makmal
B. memastikan para pelajar menggunakan alat tangan yang betul semasa menjalankan kerja amali
C. melakukan kerja penyelarasan tugas membuka dan menutup tingkap di makmal
D. memastikan pelajar menjalankan tugas mengikut giliran tugasan masing-masing

7. Langkah keselamatan yang harus diamalkan ialah

A menguji ketajaman pahat dengan jari
B menangkap pahat yang terjatuh kelantai
C menggunakan pahat yang tajam semasa memahat
D menggunakan pahat yang tumpul semasa memahat

8. Jenis mesin jahit terdiri daripada :
I. Mesin jahit kaki
II. Mesin jahit tangan
III. Mesin jahit elektronik
IV. Mesin jahit cordless

A. I dan II
B. I, II dan III
C. III dan IV
D. I, II, III dan IV

9. Apakah faktor utama yang menentukan hasil jahitan yang baik dan cantik?
A. Mesin jahit yang mahal
B. Had laju pergerakan mesin jahit
C. Fungsi mesin jahit yang canggih
D. Kemahiran orang yang menggunakan mesin jahit.

10.Antara berikut yang manakah merupakan fungsi gigi penolak?
A. Memegang jarum jahit
B. Memula dan mematikan jahitan
C. Menolak kain ke hadapan ketika menjahit
D. Melaraskan saiz mata jahitan yang dikehendaki

11. Sebelum menjahit, pastikan mesin jahit berada di tempat………………..
A. yang terang
B. yang tinggi
C. yang berhampiran dengan pintu
D. yang berdekatan dengan bilik

12. Berikut ialah jenis jahitan hiasan, kecuali:
A. Jahitan insang pari
B. Jahitan jelujur
C. Jahit suji bilang
D. Jahitan silang pangkah

13. Joanna tinggi dan langsing. Pakaian yang berikut sesuai untuknya kecuali ..
A. corak bunga yang besar
B. garis yang menegak
C. tekstur fabrik yang berkilau
D. potongan skirt kembang dan lengan gelembung

14. Fabrik kapas mempunyai ciri-ciri berikut kecuali
A. tahan bahan peluntur
B. tidak tahan direbus
C. menyerap lembapan
D. mudah renyuk dan mengecut

15. Mengapakah rumpai dalam medium memasu perlu dihapuskan?
A Supaya tumbuhan kelihatan lebih baik
B Untuk membaiki saliran dan pengudaran dalam medium memasu
C Untuk mengurangkan keperluan menyiram dan membaja
D Supaya tidak menjadi pesaing kepada tumbuhan untuk mendapatkan
nutrien

16. Berapakah nisbah penyediaan medium semaian?
A 7:5:2
B 3:2:1
C 2:1:1
D 3:1:1

17. Penyiraman yang dilakukan semasa panas terik akan menyebabkan tumbuhan hiasan
A. gugur daunnya
B. tidak berbunga
C. melecur daunnya
D. terbantut tumbesarannya

18. Apakah tujuan utama menggembur permukaan medium penanaman?
A. Memudahkan pokok mendapat nutrien
B. Menambahkan bilangan akar pokok
C. Meningkatkan sejatan air dalam medium
D. Memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah

19. Nisbah medium penanaman John Innes Potting Compost (J.I.P) ialah
A. 2:1:1
B. 3:2:1
C. 2:2:1
D. 7:3:2

20. Antara tumbuhan berikut, yang manakah boleh dibiakkan secara keratan batang?
I. Hibiscus
II. Codiaeum
III. Impatiens
IV. Celosia
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan