KEPADA SEMUA PELAJAR YANG AKAN MENEMPUHI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM TAHUN INI, CIKGU UCAPKAN SELAMAT BERJAYA. JAWABLAH SOALAN DENGAN PENUH KETENANGAN DAN JANGAN TERGOPOH-GAPAH... INSYAALLAH BERJAYA.
KENAPA ADA GAMBAR NARUTO PULAK NI??
SEBAIKNYA HENTIKAN DAHULU MENONTON TV ATAU APA SAJA JENIS GAME SEBAB ITU BOLEH MENUMPULKAN DAYA INGATAN...
KEPADA ANAKANDA FATIN NADIAH, BONDA UCAPKAN SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN SPM, SEMOGA DAPAT MENJAWAB SEBAIK MUNGKIN DAN MOGA MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG....INSYAALLAH.
Hari Isnin hadapan 11.10.10 akan berlangsungnya peperiksaan bagi kertas Kemahiran Hidup. Diharapkan semua pelajar yg menduduki PMR akan menghadirkan diri bagi kertas tersebut kerana ianya merupakan kertas terakhir bagi pelajar yg tidak mengambil matapelajaran Bahasa Arab dan sebagainya.
Pagi tadi ada seorang calon bagi pusat dua, sekolah cikgu tidak hadir utk ke dua2 kertas sains. Dia menghantar SMS kepada guru setiausaha peperiksaan sekolah utk menjawab kertas sains pada sebelah petang....Apa yg pelajar ni fikir???? Ini peperiksaan peringkat sekolah yg ikut suka2 hati nak jawab waktu bila?? Nak tergelak pun ada, sedih pun ada. Taklimat peperiksaan tak hadir, inilah jadinya.
Diharap semua calon PMR ambil ikhtibar dari kisah benar ini dan bertanggungjawablah utk diri sendiri...kalau tak nak berubah juga, sapa yg susah?? Diri sendirilah yg rugi...
Amalkan sikap terpuji untuk mengelakkan penganiayaan dan penderaan
- memberi belaian manja
- memberi nama dan memanggil dengan nama tersebut
- memberi rawatan apabila ia sakit
- tidak menakutkannya
- gunakan sangkar mudah alih apabila memindahkannya
- mengikat tali leher dan menariknya dengan lembut
Hamster didandan bulunya menggunakan berus gigi
Membelai haiwan kesayangan
B. PENJAGAAN KESIHATAN
- pemberian makanan dan minuman yang berkhasiat
- membersihkan perumahan haiwan kesayangan
- kebersihan fizikal haiwan kesayangan
- merawat haiwan kesayangan jika sakit
Merawat haiwan kesayangan yang sakit.
C. RAWATAN SANGKAR
1. Sangkar Baru - perlu dibersihkan dengan air sabun dan dibersihkan
2. Sangkar lama - perlu pembasmia kuman menggunakan bahan disinfektan
i. Mengumpul gambar sekurang-kurangnya lima jenis ikan air tawar
ii. Melabelkan nama ikan air tawar yg dikumpul
iii. Menamakan sistem ternakan yg sesuai bagi setiap jenis ikan air tawar yg dikumpul.
iv. Persembahan yg menarik
Nama Tempatan : Lampam Jawa, Lu Ni, Pai Yee
Nama Saintifik : Puntius gonionotus
Sistem Ternakan : Kolam tanah / Bekas Lombong
Nama Tempatan : Sepat Siam
Nama Saintifik : Trichogaster pectoralis
Sistem Ternakan : Kolam tanah / Kolam Konkrit
Slide 4 Nama Tempatan : Tilapia Merah, Fi Chia Yee
Nama Saintifik : Oreochromis niloticus
Sistem Ternakan : Kolam tanah /Bekas Lombong/Pens/sangkar
Slide 2 Nama Tempatan : Patin
Nama Saintifik : Pangasius sutchi Fowler
Sistem Ternakan : Kolam tanah / Bekas lombong
Nama Tempatan : Lee Coh
Nama Saintifik : cyprinus carpio
Sistem Ternakan : Kolam tanah / Bekas lombong
Menyusun Atur Pola Blaus dan menggunting fabrik ( modul 3, tingkatan 2)
Prinsip Menyusun atur pola. Slide 2 1. Tekan fabrik
2. Kenal pasti S.L., S.D. dan corak fabrik
3. Fabrik dibentang rata
4. Susun atur pola besar dahulu
5. Ira pola selari dengan ira fabrik
6. Tanda lipatan - letak pada lipatan
7. semat dengan peniti
8. Gunting fabrik mengikut pola tanpa mengangkat fabrik.
Slide 2
Resepi kek pelangi atau kek marble ni pun di ambil daripada buku teks tingkatan 3. Resepi ini boleh menghasilkan kek bersaiz sederhana besar (1/2 kilo).
Bahan-bahan:
150 gram marjerin/mentega } 135 gram gula } putar hingga kembang
150 gram tepung gandum }
1 camca teh sebuk penaik } diayak
3 biji telur }
1 camca teh esen vanila } di pukul sebati
sedikit perwarna merah dan hijau.
Cara Membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 'c.
2. Gliskan acuan kek dengan marjerin.
3. Putar marjerin atau mentega dan gula hingga kembang dan berwarna krim.
4. Masukkan campuran telur sedikit demi sedikit.
5. Kaup balikkan tepung sehingga sebati dan bahagikan kepada tiga warna iaitu merah, hijau dan warna asal (plain).
6. Setelah itu, masukkan secara berselang seli setiap warna ke dalam bekas kek.
7. Ambil pisau pelepa dan 'pusing' ikut jam adunan tadi sehingga putarannya berakhir di tengah.
8. Masak kek sehingga berwarna keperangan atau lebih kurang 30 -40 minit.
Ini rupa kek yang dah masak..tapi budak-budak ni dah telangkupkan kek tu ke bawah. Yang nampak ni bahagian bawahnya la.
- mengubah tumbuhan ke pasu lain yang mengandungi medium yang baru.
1 . Tujuan Memasu Semula
(a) tanaman menerima nutrien,air,dan cahaya matahari . (b) tanaman dialih atau dipindahkan dengan mudah. (c) memudahkan kerja penjagaan dijalankan. (d) menggantikan pasu lama yang tidak sesuai . (e) memperbaiki sistem saliran dan pengudaran medium .
2 . Ciri-Ciri Tanaman Yang Perlu Pemasuan Semula
a. Medium yang kelihatan keras dan padat. b. Pasu yang retak. c. Air bertakung di permukaan medium. d. Akar tumbuhan kelihatan keluar dari pasu. e. Pertumbuhan pokok yang kurang subur.
3 . Pemilihan Pasu Atau Bekas Untuk Memasu
Faktor pemilihan bekas pemasuan semula: a. Saiz pasu b. Keberatan c. Lubang saluran d. Reka bentuk dan jenis bahan
4 . Jenis Bekas Pemasuan Semula Yang Biasa Digunakan.
a. Pasu tanah liat b. Pasu plastik c. Bekas logam d. Bekas kayu @ papan
5 . Penyediaan Medium Memasu
- campuran medium memasu J.I.P (John Innes Potting Compost). -Terdiri daripada tanah loam,bahan organik,dan pasir sungai dengan nisbah 7:3:2 @ 3:2:1.
6 . Memasu Semula Tanaman Hiasan
- penyediaan pasu - mengeluarkan tumbuhan daripada pasu asal - menanam semula tumbuhan
7 . Penjagaan Tanaman Hiasan
(a) merumput (b) menggembur tanah (c) membaja (d) menyiram (e) memberi sungkupan (f) mengutil dan memangkas (g) mengawal penyakit dan perosak
Berikutan kesukaran pelajar mencari dan memilih gambar produk dipasaran (kerja kursus modul 4 KHB Tingkatan 3), cikgu meletakkan beberapa keping gambar yang boleh diambil untuk dijadikan contoh bagi tugasan kerja kursus para pelajar.
1. Langkah pertama dalam mereka cipta adalah
A mencari bahanC membuat perbincangan
B mengumpul data D mengenal pasti masalah
2. Maklumat dan data dapat dikumpulkan melalui
I soal selidik
II pemerhatian
III lawatan ke pameran
IV membaca buku-buku rujukan
A I dan II C I, II dan III
B I dan IIID I, II, III dan IV
3. Kebaikan menyediakan jadual kerja adalah
A pelaksanaan dapat dikawal
B masa pencetusan idea dijimat
C kos penggunaan bahan dijimat
D projek dapat diurus dengan cepat
4. Apakah tujuan utama pengiraan kos ?
I Mengurangkan jumlah kos sampingan
II Menentukan harga produk untuk tujuan pasaran
III Mengetahui jumlah kos pengeluaran sesebuah produk
IV Menentukan kos pengeluaran tidak melebihi had yang ditentukan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IVD II, III dan IV
5. Antara berikut yang manakah bukan alatan untuk menanda ?
A Pita ukur
B Jangka lukis
C Pisau penanda
D Tolok penanda
6. Antara berikut, mesin yang manakah sesuai untuk kerja memotong lengkungan pada papan lapis?
A Mesin sander
B Mesin gergaji jig
C Mesin gerudi mudah alih
D Mesin cordless screw driver
7. Tujuan persembahan projek ialah menerangkan perkara tentang
I kos produk
II kelemahan projek
III jenis bahan yang digunakan
IV ciri dan keistimewaan projek
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
8 Jadual di bawah menunjukkan pengiraan kos untuk 40 unit rak botal.
Sekiranya anda inginkan keuntungan sebanyak 40% bagi setiap unit,
berapakah harga jualan seunit?
PerkaraKos
Kos bahanRM500.00
Kos upah RM280.00
Kos sampingan RM60.00
A RM30.40C RM21.00
B RM29.40D RM12.50
9. Pernyataan yang berikut adalah benar mengenai apit G, kecuali ………….
A saiznya ditentukan oleh panjang hulunya
B saiz yang biasa ialah di antara 6 cm dengan 30 cm
C digunakan untuk mengapit kayu yang hendak dipotong, dipahat atau digerudi
D digunakan bersama dengan reja kayu supaya rahang tidak meninggalkan kesan pada kayu
10 Dalam sistem perpaipan domestik, paip yang menghubungkan meter air
Melakar
a. Tujuan Melakar
b. Membantu memperjelaskan rupa dan bentuk cadangan rekaan secara 3D atau 2D
Lukisan lakaran dibuat dengan menggunakan pensil
- Lukisan Lakaran yang baik haruslah mengandungi
maklumat bahan
ukuran panjang dan lebar
ukuran tinggi dan tebal
jenis penyambung yang digunakan
tarikh lakaran
Skala
Dimensi
Nama individu/kumpulan
Nama projek
Jenis lukisan lakaran
a. Lukisan Oblik
Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 1 garisan mendatar dan 1 garisan serong bersudut 45º darjah sebagai paksi
b. Lukisan isometrik
Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 2 garisan tapak 30º darjah sebagai paksi
c. Lukisan perspektif
Lukisan yang didasarkan kepada suatu titik lenyap atau garis ufuk
MENDIMENSI
1.Dimensi bertujuan menentukan saiz dan kedudukan bahagian objek
2.Perkara perkara yang diberi perhatian semasa mendimensi :
–Garisan unjuran
–Garisan dimensi
–Anak panah
3.Garisan dimensi mesti selari dengan garisan objek