

5. Antara berikut yang manakah bukan alatan untuk menanda ?
A Pita ukur
B Jangka lukis
C Pisau penanda
D Tolok penanda
6. Antara berikut, mesin yang manakah sesuai untuk kerja memotong lengkungan pada papan lapis?
A Mesin sander
B Mesin gergaji jig
C Mesin gerudi mudah alih
D Mesin cordless screw driver
7. Tujuan persembahan projek ialah menerangkan perkara tentang
I kos produk
II kelemahan projek
III jenis bahan yang digunakan
IV ciri dan keistimewaan projek
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
8 Jadual di bawah menunjukkan pengiraan kos untuk 40 unit rak botal.
Sekiranya anda inginkan keuntungan sebanyak 40% bagi setiap unit,
berapakah harga jualan seunit?
Perkara
A RM30.40 C RM21.00
B RM29.40 D RM12.50
9. Pernyataan yang berikut adalah benar mengenai apit G, kecuali ………….
A saiznya ditentukan oleh panjang hulunya
B saiz yang biasa ialah di antara 6 cm dengan 30 cm
C digunakan untuk mengapit kayu yang hendak dipotong, dipahat atau digerudi
D digunakan bersama dengan reja kayu supaya rahang tidak meninggalkan kesan pada kayu
10 Dalam sistem perpaipan domestik, paip yang menghubungkan meter air
dengan tangki simpanan air dikenali sebagai ……
A paip agihan
B paip limpah
C paip perhubungan
D paip perkhidmatan
Jenis lukisan lakaran
a. Lukisan Oblik
Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 1 garisan mendatar dan 1 garisan serong bersudut 45º darjah sebagai paksi
b. Lukisan isometrik
Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 2 garisan tapak 30º darjah sebagai paksi
c. Lukisan perspektif
Lukisan yang didasarkan kepada suatu titik lenyap atau garis ufuk
MENDIMENSI
1. Dimensi bertujuan menentukan saiz dan kedudukan bahagian objek
2. Perkara perkara yang diberi perhatian semasa mendimensi :
– Garisan unjuran
– Garisan dimensi
– Anak panah
3. Garisan dimensi mesti selari dengan garisan objek