Khamis, 30 Jun 2011

KEK COKLAT


Contoh kek coklat yang dihias dengan strawberry


Bahan-bahan

Bahan A:

2 cawan tepung } ayak

1 cawan koko } ayak

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil serbuk penaik

2 cawan gula halus & ayak sebelum disukat


Bahan B:

4 biji telur

1 cawan marjerin dicairkan

1 cawan susu pekat


Bahan C:
1 cawan air panas didih

Cara-cara

  1. Panaskan pengukus. Pastikan air kukusan sudah mendidih bila kek hendak dikukus
  2. Ayak terus bahan2 A ke dalam mangkuk adunan. Kacau menggunakan whisk
  3. Masukkan bahan B dan kacau sekata
  4. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
  5. Gris loyang dan taburkan tepung/alas kertas minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan tak berketul2, tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang)
  7. Kukus sekurang2nya 1 setengah jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus

Tiada ulasan: