Ahad, 5 April 2009

HIDANGAN UNTUK PESAKIT

1. Pesakit merupakan seseorang yang kurang sihat, tidak berdaya atau lemah disebabkan oleh penyakit atau kecederaan.

2. Hidangan untuk pesakit mestilah seimbang, berkhasiat, tidak berlemak, mudah dihadam dan mudah disediakan serta menarik.

3. Resepi hidangan untuk pesakit perlu dirancang dengan teliti dan sesuai dengan keperluan pesakit.

4. Sajian untuk pesakit perlu mengandungi nutrien penting yang dapat membaiki tisu-tisu badan, membekalkan tenaga dan makanan pencegah penyakit.

5. Banyakkan ramuan sayuran dan buah-buahan dalam hidangan.

6. Antara sajian yang sesuai dimakan oleh pesakit ialah:
a) bubur nasi, sup ikan – mereneh
b) merebus – bubur daging/ikan/ayam
c) mengukus – ikan kukus, telur kukus, kastard karamel

Memilih Makanan Siap Masak Untuk Pesakit.

1. Makanan siap masak ialah makanan yang telah melalui proses penyediaan yang lengkap.
2. Makanan jenis ini boleh dimakan terus tanpa dimasak atau dipanaskan lagi.
3. Makanan siap masak dibungkus dengan baik dalam botol, tin atau beg plastik.
4. Contoh makanan siap masak ialah roti gandum tulin, kek buah-buahan dan minuman bersusu atau jus buah-buahan.
5. Jangan pilih makanan yang mengandungi banyak bahan tiruan, pewarna dan bahan pengawit.

Penambah Nilai Makanan Untuk Pesakit.

1. Hidangan sesuatu makanan boleh ditambahkan nilainya dari segi rasa, rupa dan kandungan nutrien.
2. Susu dan telur dimasukkan ke dalam puding roti untuk menambah nilai dan rasa makanan.
3. Makanan mudah seperti oat dan emping jagung boleh dijadikan bahan penambah nilai semasa menyediakan hidangan untuk pesakit.

Puding Roti

Bahan;
6 keping roti gandum tulin
1 liter susu
1 camca besar mentega
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur
20 gm kismis

Cara membuatnya;
1. Carik-carikkan roti gandum tulin.
2. Campurkan susu, gula, mentega, kismis, telur dan esen vanilla ke dalam mangkuk adunan.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Rendamkan roti ke dalam adunan tersebut.
5. Apabila roti telah menjadi lembut, masukkan adunan ke dalam loyang pengukus dan kukus selama 40 minit sehingga puding masak.


Tiada ulasan: