Ahad, 5 April 2009

Uji Minda Anda

1.Antara faktor yang berikut, yang manakah TIDAK termasuk dalam merancang diet seimbang?
A. jantina B. aktiviti C. rupa paras D. kesihatan

2.Sarapan pagi penting untuk kita kerana
A.sarapan pagi senang dihidangkan
B.nutrien dalam sarapan adalah seimbang
C.sarapan pagi merupakan hidangan pertama
D.sarapan pagi dapat membekalkan tenaga yang hilang

3.Makanan manakah yang dapat mengelakkan sembelit?
A. roti dan nasi C. tenusu dan hasil tenusu
B. ikan dan daging D. sayur-sayuran dan buah-buahan

4.Yang berikut adalah hidangan sepinggan lengkap, KECUALI
A. lontong B. mee kari C. burger D. kuih lapis

5.Apakah yang dimaksudkan dengan makanan bekal?
A.Makanan yang mengandungi semua jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.
B.Makanan yang dimasak,dibungkus untuk dimakan di tempat lain.
C.Makanan yang dapat membekalkan tenaga kepada kita.
D.Makanan yang dihidangkan antara hidangan utama untuk mengalas perut.

6. Mengapakah kita perlu menyediakan sajian yang seimbang?
A. supaya perbelanjaan dapat dikawal
B. supaya kesihatan badan sentiasa terjaga.
C. supaya kita dapat makan dengan selesa
D. supaya masa memasak adalah singkat.

7.Apakah menu makan tengah hari yang sesuai untuk seorang buruh kasar?
A. sandwich sardin, kubis goreng dan tembikai.
B. kek coklat, tart nenas, popia
C. pizza, salad buah-buahan, buah oren
D. nasi ayam, pisang, sirap.

8. Antara berikut hidangan yang manakah merupakan hidangan sepinggan lengkap mengikut cara barat?
I. lontong
II. spaggeti
III. soto ayam
IV. macaroni

A.I dan II
B.II dan III
C.III dan IV
D.I dan IV

9. Apakah jenis tepung yang biasa digunakan untuk membuat kek?
A. tepung jagung
B. tepung gandum
C. tepung beras
D. tepung pulut

10. Apakah peranan esen dalam membuat kek?
A. memberi perisa kepada kek
B. mengembangkan kek
C. melembutkan tekstur kek
D. memasukkan udara ke dalam kek

11. Mengapakah pastri rapuh kurang sesuai untuk kanak-kanak, orang tua dan pesakit?
A. mengandungi terlalu banyak khasiat makanan
B. susah dihadamkan kerana kandungan lemaknya tinggi
C. terlalu manis dan boleh merosakkan gigi
D. sangat keras dan susah dimakan

12. Kaedah menggoreng dengan minyak banyak sesuai untuk memasak kuih berikut KECUALI
A. kuih cara
B. kuih keria
C. kuih rengas
D. cucur badak

Tiada ulasan: