Dokumen shaniza.

Jumaat, 27 Januari 2012

KERJA KURSUS MODUL 4

Tema:  Penyimpanan
1.   Mengenalpasti masalah :
   Pada setiap hari masalah yang sering dihadapi oleh saya dan adik saya  ialah  meja  kami  sentiasa berselerak dan tidak kemas. Masalah ini disebabkan  tiada  satu  produk yang  boleh  menyimpan  banyak barang dalam satu rak. Oleh itu saya bercadang  untuk  mereka  cipta       Rak Serbaguna 4 DLM 1 untuk menyimpan pelbagai seperti alat tulis, kertas memo, bil pelbagai dan telefon bimbit.
  Dari situasi di atas masalah yang  dikenalpasti  adalah   meja berselerak dengan pelbagai bahan seperti alat tulis serta kertas memo dan mengambil masa yang lama  untuk mengemas meja setiap hari.

Khamis, 22 Disember 2011

Keputusan PMR Hari Ini

Hari ini keputusan peperiksaan PMR akan diumumkan. Bagi sesiapa yang ingin membuat semakan boleh menghantar sms seperti lampiran di bawah.

   

Tahniah diucapkan untuk semua yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya, diharapkan keputusan ini menjadi pendorong untuk memajukan diri di masa akan datang. 

p/s  Selamat Ulang Tahun ke 17 buat anakanda Raudhah. Semoga menjadi anak yang soleh.

Selasa, 4 Oktober 2011

BUAT CALON PMR 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR BUAT SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3..

SEMOGA KALIAN SEMUA DAPAT MENJAWAB DENGAN BAIK DAN SEMOGA MENDAPAT

KEJAYAAN CEMERLANG. JAWAB DENGAN TENANG DAN BACA SOALAN DENGAN BETUL

SERTA FAHAMI KEHENDAK SOALAN. JANGAN GOPOH DAN NAK SIAP CEPAT.. INGAT

KEJAYAAN DI HUJUNG JARI ANDA..