Jumaat, 20 November 2009

MESIN GERUDI

Mesin gerudi ialah mesin yang digunakan untuk menggerudi lubang. Saiz mata gerudi akan menentukan saiz lubang yang hendak dibuat. Selain itu, mesin ini juga digunakan untuk kerja-kerja lain seperti menggerek, melulas dan membenam.

Jenis-jenis Mesin Gerudi
Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi dalam pelbagai bentuk dan saiz. Setiap jenis ini boleh melakukan kerja menggerudi, sama ada kerja yang berat atau ringan.

1. Gerudi Mudah Alih

Digunakan untuk membuat kerja-kerja yang ringan;
Mempunyai pelbagai fungsi, contohnya boleh digunakan untuk menggerudi lubang pada dinding;
Maksimum saiz mata gerudi yang boleh digunakan ialah 13mm.



2. Gerudi Meja

Digunakan untuk kerja am;
Dipasang pada meja kerja;
Maksimum saiz gerudi yang boleh digunakan ialah 13mm.



3. Gerudi Tiang
Digunakan untuk melakukan kerja yang berat;
Dipasang pada lantai dengan menggunakan bolt dan nat;
Maksimum saiz gerudi yang boleh digunakan ialah 25mm dengan menggunakan arbor gerudi (jika lebih daripada 13mm).




4. Gerudi Jejari

Digunakan untuk menggerudi lubang yang berdiameter besar pada benda kerja yang bersaiz besar;
Boleh menanggung gegaran dan getaran semasa kerja menggerudi dijalankan;
Bahagian lengan boleh dilaraskan pada sudut yang dikehendaki.

Ahad, 1 November 2009

Kimpalan Gas dan Kimpalan Arka

1. Kimpalan gas ialah satu cara yang menggunakan haba hasil daripada pembakaran campuran gas asetilena dan oksigen. Bahagian yang dikimpal akan menjadi lebur bersama-sama dengan bahan penambah.
Cara-cara membuat kimpalan gas.

Sambungan temu


Sambungan lekap.

Contoh sambungan lekap, sambungan temu dan sambungan T

2. Kimpalan arka ialah satu proses penyambungan logam yang menggunakan haba. Haba terhasil daripada arus elektrik dialir melalui elektrod ke logam asas. Hujung elektrod dan bahagian logam yang hendak disambung itu menjadi lebur.


Mesin kimpalan arka dan meja kerja.


Contoh sambungan yang telah siap.



Cara-cara mengimpal arka.