Khamis, 24 September 2009

Menghadapi Peperiksaan PMR

Selamat Hari Raya semua..diharap para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR 2009 telah bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan ini. Di sebabkan kesibukan, cikgu lambat upload soalan percubaan PMR negeri Perlis. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan soalan percubaan tersebut, bolehlah melihat dan download soalan tersebut daripada dokumen Box.net di atas. Ada 33 file bersamaan 33 muka surat soalan..

Tips Menjelang Peperiksaan...

1. Menjelang Hari Peperiksaan
-Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
-Pastikan Anda Tiba Awal-Elakkan Dari Berbual Kosong
-Pastikan Semua Keperluan Cukup

2. Persediaan Pada Hari Peperiksaan
-Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
-Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji
-Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
-Tidur Dengan Cukup

3. Persediaan Rohani
- lakukan solat sunat taubat dan solat hajat setiap hari
- berdoa kepada Allah dengan seikhlas hati
- selalu berselawat kepada Rasulullah SAW
- bertawakal kepada Allah.

4. Persediaan Emosi
-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
-Menjaga Hati Ibu Bapa
-Tidak Bercinta
-Terlalu Yakin
-Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

5. Persediaan Fizikal
- Mengutamakan Kesihatan Badan
– Tidak Tidur Larut Malam
– Menjaga Keselamatan Diri
– Makan Makanan Secukupnya
– Riadah Yang Ringan, Sekitar 20minit Sehari

6. Persediaan Mental
-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan
-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan