Sabtu, 17 April 2010

Kek Pelangi

Resepi kek pelangi atau kek marble ni pun di ambil daripada buku teks tingkatan 3. Resepi ini boleh menghasilkan kek bersaiz sederhana besar (1/2 kilo).

Bahan-bahan:

150 gram marjerin/mentega }
135 gram gula } putar hingga kembang

150 gram tepung gandum }
1 camca teh sebuk penaik } diayak

3 biji telur }
1 camca teh esen vanila } di pukul sebati

sedikit perwarna merah dan hijau.

Cara Membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 'c.
2. Gliskan acuan kek dengan marjerin.
3. Putar marjerin atau mentega dan gula hingga kembang dan berwarna krim.


4. Masukkan campuran telur sedikit demi sedikit.


5. Kaup balikkan tepung sehingga sebati dan bahagikan kepada tiga warna iaitu merah, hijau dan warna asal (plain).

6. Setelah itu, masukkan secara berselang seli setiap warna ke dalam bekas kek.


7. Ambil pisau pelepa dan 'pusing' ikut jam adunan tadi sehingga putarannya berakhir di tengah.


8. Masak kek sehingga berwarna keperangan atau lebih kurang 30 -40 minit.


Ini rupa kek yang dah masak..tapi budak-budak ni dah telangkupkan kek tu ke bawah. Yang nampak ni bahagian bawahnya la.


Ni le rupa kek yang baru dipotong..