Selasa, 26 Mei 2009

2.5 Menyediakan Medium Memasu - Ting. 2

Penyediaan medium memasu
Bahan:
•Tanah loam
•Pasir sungai
•Baja organik

i.Menyediakan bahan memasu mengikut nisbah yang betul
Medium memasu yang sesuai ialah
7 bahagian Tanah loam + 3 Bahagian Bahan organik + 2 Bahagian Pasir sungai
atau
3 bahagian Tanah loam + 2 bahagian Bahan organik + 1 Bahagian Pasir sungai
ii.Menggaul bahan memasu dengan sekata

iii.Menggunakan alatan dengan cara yang betul dan selamat
Alatan untuk mengaul dan menyediakan bahan memasu:
•Skop
•Sudip
•Baldi
•Pencakar
iv.Membersih dan menyimpan alatan
Selepas semua kerja-kerja mengaul dan menyediakan medium memasu, peralatan yang digunakan perlulah dibersihkan dan alatan disimpan di tempat yang selamat.

Sabtu, 23 Mei 2009

Kerja kursus Modul 4 - ting 3

Ini adalah panduan untuk menghasilkan folio kerja kursus modul 4 KHB Teras. Kepada semua pelajar, maklumat ni cikgu dapat sewaktu menghadiri kursus penataraan kerja kursus dua minggu lepas. Disebabkan kesibukan dengan pelbagai tugas, maklumat ni lambat sikit nak disampaikan..apa-apa pun, gunalah maklumat ni sebagai rujukan dan jika terdapat sebarang kelemahan..maafkan cikgu.

4.1.i.Menyatakan masalah yang hendak diselesaikan dengan jelas

Masalah :
- Laci almari sering berselerak dengan barang-barang seperti alat solek dan aksesori wanita. Hal ini menyukarkan dan mengambil masa yang panjang untuk mencari barang yang diperlukan

Penyelesaian Masalah
-Reka satu produk yang boleh menyimpan aksesori dengan lebih kemas dan teratur

4.1.ii Menyenaraikan sekurang kurangnya 3 produk yang sedia ada di pasaran
Menyenaraikan beberapa produk yang mempunyai :
• nama produk
• bersesuaian dengan masalah yang hendak diselesaikan

Triple box

kotak beg

Jewel box

rak serbaguna

4.1.iii. Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan produk yang diperolehi

Tuliskan kekuatan dan kelemahan bagi setiap produk yang telah dipilih (produk seperti di atas)
Kekuatan
§……………
§……………..
§……………
§……………
Kelemahan
§………….
§………….
§………….
§………….

4.1.iv Membuat sekurang-kurangnya tiga lakaran berlabel idea penyelesaian masalah

i.-Lakaran dibuat dalam bentuk 3D

-Lakaran oblik atau Lakaran isometrik atau Lakaran perspektif



lakaran yang dipilih (lukisan kerja - ada garisan dimensi sekali)

lakaran yang dipilih

ii. Senarai bahan (rujuk buku teks KHB ting. 3 muka surat 13 )

BIL BAHAN KUANTITI
1 MDF 100 keping
2 Perspek 3 mm 100 keping
3 PVC 65 mm 100 batang
4 Kertas Las 50 keping
5 Cat Licau 1 tin 5 liter
6 Paku 1 kilogram
7 Glu 1 liter 2 tin

iii. Menyediakan jadual kerja yang mengandungi senarai aktiviti (rujuk buku teks ms 14)

Bil Minggu Aktiviti
1 Pengenalpastian masalah
2 Perancangan pembinaan projek
3 Pembinaan projek
4 Pengiraan kos
5 Pendokumentasian

4.2 Pembinaan projek (ini adalah produk yang dibuat sendiri oleh pelajar ) mesti ikut spesifikasi beriku

i. membina projek mengikut lakaran yang dipilih
ii.Menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan
iii.Menghasilkan projek yang kemas dan menarik



4.3 Pengiraan kos
i.Menyenaraikan kos bahan, kos upah dan kos overhed dengan betul
ii.Mengira kos bahan, kos upah dan kos overhed dengan betul
iii.Mengira kos pengeluaran dengan tepat

Kos bahan untuk 100 unit
a)BIL BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT ( RM ) JUMLAH KOS ( RM )

1 MDF 100 keping 4.50 = 450.00
2 Perspek 3 mm 100 keping 3.70 = 370.00
3 PVC 65 mm 100 batang 0.30 = 30.00
4 Kertas Las 50 keping 0.40 = 20.00
5 Cat Licau 5 liter (1 tin ) 50.00 = 50.00
6 Paku 1 kilogram 5.00 = 5.00
7 Glu 1 liter (2 tin) 10.00 = 20.00
Jumlah keseluruhan = 945.00

b). Kos Upah
1. Berdasarkan hari :
Kos Upah = Bil pekerja X upah sehari X bil hari
= 2 x RM15.00 X 5
= RM150.00
ATAU
2. Berdasarkan kuantiti pengeluaran :
Kos Upah = Bil pekerja X upah seunit X bil produk
= 2 X RM0.75 X 100
= RM150.00

c.) Kos Overhed
1. Tenaga Elektrik RM 30.00
2. Air RM 2.00
Jumlah kos overhed RM 32.00

d). Kos Pengeluaran = Kos bahan + Kos upah + Kos overhed
= RM 945.00 + RM 150.00 + RM 32.00
= RM 1127.00

4.4 Pendokumentasian
§Mempersembahkan dokumen yang lengkap (Tersusun dan Kemas)
~ Pernyataan masalah
~ Senarai produk sedia ada
~ Kekuatan dan kelemahan produk
~ Idea penyelesaian masalah ( lakaran )
~ Lakaran projek dipilih ( lukisan kerja )
~ Senarai bahan
~ Jadual kerja
~ Pengiraan kos

Ahad, 17 Mei 2009

Elektrik Ting. 3

MOTOR DC


1. TENAGA ELEKTRIK BOLEH DITUKARKAN KEPADA TENAGA MEKANIKAL (GERAKAN) MELALUI MOTOR
2. MOTOR ELEKTRIK MENGGUNAKAN TENAGA ELEKTRIK UNTUK MENGHASILKAN GERAKAN
3. MOTOR ELEKTRIK TERDAPAT PADA KIPAS, MESIN JAHIT ELEKTRIK, MESIN BASUH, PERAKAM VIDEO, MESIN GERUDI, PENYEDUT HAMPAS GAS DAN LAIN LAIN
4. SETENGAH DARIPADA MOTOR INI DI KENDALIKAN OLEH ARUS TERUS & YANG LAIN OLEH ARUS ULANG ALIK

JENIS MOTOR ELEKTRIK
Ada dua jenis Motor elektrik iaitu :-
Motor DC (Arus terus)
Motor AC (Arus Ulang Alik)
MOTOR ARUS ULANG ALIK
MOTOR ARUS TERUS


PLAT PERINCIAN



BAHAGIAN LUAR MOTOR DC



BAHAGIAN UTAMA MOTOR DC
magnet kekal


Berus karbon

BAHAGIAN UTAMA MOTOR DC

1. MAGNET KEKAL – Dipasang pada rangka utama dan terdiri daripada lapisan teras besi dan gegelung medan

2. BERUS KARBON – Diperbuat daripada karbon, dipasang pada bahagian atas dan bawah penukartertib, bekalan arus terus akan mula mengalir ke dalam berus ini sebelum mengalir ke penukartertib

3. RANGKA UTAMA – Dikenali sebagai yoke berfungsi untuk menyokong atau menempatkan komponen lain

4. GEGELUNG ANGKER – Ia akan menjadi elektromagnet dan berputar apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Putaran ini disebabkan oleh prinsip kemagnetan iaitu kutub yang berlainan akan menarik dan kutub yang sama akan menolak

5. PENUKARTERTIB – Berbentuk silinder didapati di dalam pemutar, terdiri daripada susunan ruas palang logam yang bertebat antara satu sama lain. Bilangan ruas bergantung kepada bilangan lilitan angker. Pada hujung belitan angker dipateri pada palang logam tersebut

PENUKARTERTIB / COMMUTATOR



PERGERAKAN MOTOR
Motor DC menggunakan magnet untuk menghasilkan pusingan
Prinsip asas magnet ialah kutub yang sama akan menolak dan kutub yang berlainan akan menarik
Apabila arus elektrik dialirkan melalui lilitan gegelung angker, kutub kutub magnet kekal bertindak dengan kutub elektromagnet
Proses medan magnet kekal menarik dan menolak elektro magnet pada gegelung angker, ini akan menghasilkan pusingan

PETUA TANGAN KANAN BAGI MOTOR

ARAH PUTARAN MOTOR DC BOLEH DITENTUKAN DENGAN PETUA TANGAN KANAN BAGI MOTOR

Ibu Jari Arah Medan Magnet


Jari Hantu Arah Gerakan Putaran

Jari Telunjuk Arah pengaliran Arus


JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT
1. Antara yang berikut manakah bahagian utama motor DC
I Berus karbon
II Penukartertib
III Kapasitor
IV Magnet
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

2. Antara berikut manakah merupakan fungsi utama sebuah motor DC?
A Menukar tenaga elektrik ke tenaga mekanikal
B Menukar tenaga mekanikal ke tenaga elektrik
C Menukar tenaga haba ke tenaga elektrik
D Menukar tenaga elektrik ke tenaga haba

3. Antara peralatan berikut manakah yang menggunakan mekanisme
penghantaran kuasa dari aci ke takal?
A Mesin gerudi mudah alih
B Permainan Kit robot
C Mesin gergaji jig
D Mesin gerudi lantai

4. Antara berikut yang manakah terdapat pada bil elektrik?
I Bacaan bulan lepas
II Bacaan bulan semasa
III Kadar tarif
IV Senarai peralatan yang digunakan
A I, II dan III
B I, III dan IV
C I, II dan IV
D II, III, dan IV

5. Antara berikut manakah yang terdapat pada bahagian motor DC?
I Berus karbon
II Penukartertib
III Magnet kekal
IV Gegelung angker
A I dan III
B II dan III
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

6. Pada bulan Mei bacaan meter kWj adalah 3392 dan pada bulan Jun ialah 3782. Berapakah jumlah unit tenaga yang digunakan ?
A 290 unit
B 390 unit
C 3392 unit
D 3782 unit

7. Antara berikut penyataan manakah benar mengenai meter kilowatt jam kWj) jenis digital ?
I Terdiri daripada meter berskala
II Bacaan di buat dari kiri ke kanan
III Nombor 1/10 tidak di ambil kira
IV Terdiri daripada meter berdigit
A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV


Kadar Tarif
200 unit pertama
RM 0.218 seunit
800 unit berikut
RM 0.258 seunit
Bagi setiap unit tambahan
RM 0.278 seunit

8. Berdasarkan Jadual di atas kirakan jumlah bayaran jika 378 unit tenaga
elektrik digunakan
A RM 43.60
B RM 82.41
C RM 89.52
D RM 97.52

9. Alat yang menggunakan motor DC kecuali
A skuter elektrik
B kereta mainan kawalan jauh
C kipas radiator kereta
D kipas siling

10. Plat perincian motor DC memberikan maklumat berikut
I jenis (DC / AC)
II kuasa bekalan (power)
III putaran (rpm)
IV rintangan (ohm)

A I, II dan III
B II,III dan IV
C I, III dan VI
D I, II dan VI

11. Terdapat dua jenis motor iaitu
A motor DC dan motor AC
B motor AC dan motor ulangalik
C motor DC dan motor arus terus
D motor automatik dan separuh automatik

12. Bahagian utama motor DC adalah seperti berikut kecuali
A rangka utama
B magnet kekal dan gegelung angker
C berus karbon dan penukartertib
D aci dan gear

Ahad, 10 Mei 2009

METER KILOWATT JAM

1. Alat yang digunakan untuk menyukat jumlah tenaga elektrik yang digunakan di rumah atau premis perniagaan ialah meter kilowatt jam (meter kWj).

2. Terdapat dua jenis meter kilowatt jam iaitu jenis analog dan jenis digital

3. Kini meter kWj jenis digital lebih banyak digunakan.

PENGIRAAN KOS TENAGA ELEKTRIK

Rumah anda menggunakan 110 unit tenaga elektrik. Berapakah kos yang dikenakan jika kadarnya seperti berikut
100 unit pertama = RM 0.218
500 unit seterusnya = RM 0.258

Penyelesaian
200 unit pertama 110 X 0.218 = RM 23.98
unit kedua X 0.258 = RM
Jumlah yang perlu dibayar = RM 23.98

Penyelesaian
Bacaan semasa 17988
Bacaan dahulu 17741
17988 – (tolak) 17741 = 247 unit (kWj)
200 unit pertama 200 X 0.218 = RM 43.60
47 unit berikut 47 X 0.258 = RM 12.13
Jumlah yang perlu dibayar =
RM 23.98
1 kilowatt = 1000 watt
1 kilowatt jam = 1000 watt X 1 jam
(1000 watt digunakan dalam 1 jam)
1 kilowatt jam = 1 unit (tenaga digunakan)


Latihan

Soalan 1 dan 2 adalah berdasarkan pernyataan di bawah.
Bacaan meter kWj:
Bulan Julai adalah 08996
Bulan Ogos adalah 09255

1. Berapakah unit tenaga elektrikyang telah digunakan?
A 59 unit B 259 unit C 99 unit D 350 unit

2. Kirakan bayaran yang perlu dibayar untuk bulan tersebut.
A RM43.60 B RM56.46 C RM51.60 D RM58.82

3. Meter kilowatt jam digunakan untuk;
A. mengawal arus yang tinggi
B. mendapat bekalan tenaga elektrik yang mencukupi
C. menyukat dan merekodkan penggunaan tenaga elektrik yang digunakan
D. memastikan perkakas elektrik di rumah selamat digunakan

Tandakan (/) pada jawapan yang betul dan (x) pada jawapan yang salah.

4. Cara membaca meter kilowatt jam ialah meter dibaca terus daripada nombor sebelah kanan
ke kiri (X)

5. Kadar tarif adalah senarai harga untuk seunit tenaga elektrik yang digunakan. ( / )