Ahad, 17 Mei 2009

Elektrik Ting. 3

MOTOR DC


1. TENAGA ELEKTRIK BOLEH DITUKARKAN KEPADA TENAGA MEKANIKAL (GERAKAN) MELALUI MOTOR
2. MOTOR ELEKTRIK MENGGUNAKAN TENAGA ELEKTRIK UNTUK MENGHASILKAN GERAKAN
3. MOTOR ELEKTRIK TERDAPAT PADA KIPAS, MESIN JAHIT ELEKTRIK, MESIN BASUH, PERAKAM VIDEO, MESIN GERUDI, PENYEDUT HAMPAS GAS DAN LAIN LAIN
4. SETENGAH DARIPADA MOTOR INI DI KENDALIKAN OLEH ARUS TERUS & YANG LAIN OLEH ARUS ULANG ALIK

JENIS MOTOR ELEKTRIK
Ada dua jenis Motor elektrik iaitu :-
Motor DC (Arus terus)
Motor AC (Arus Ulang Alik)
MOTOR ARUS ULANG ALIK
MOTOR ARUS TERUS


PLAT PERINCIAN



BAHAGIAN LUAR MOTOR DC



BAHAGIAN UTAMA MOTOR DC
magnet kekal


Berus karbon

BAHAGIAN UTAMA MOTOR DC

1. MAGNET KEKAL – Dipasang pada rangka utama dan terdiri daripada lapisan teras besi dan gegelung medan

2. BERUS KARBON – Diperbuat daripada karbon, dipasang pada bahagian atas dan bawah penukartertib, bekalan arus terus akan mula mengalir ke dalam berus ini sebelum mengalir ke penukartertib

3. RANGKA UTAMA – Dikenali sebagai yoke berfungsi untuk menyokong atau menempatkan komponen lain

4. GEGELUNG ANGKER – Ia akan menjadi elektromagnet dan berputar apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Putaran ini disebabkan oleh prinsip kemagnetan iaitu kutub yang berlainan akan menarik dan kutub yang sama akan menolak

5. PENUKARTERTIB – Berbentuk silinder didapati di dalam pemutar, terdiri daripada susunan ruas palang logam yang bertebat antara satu sama lain. Bilangan ruas bergantung kepada bilangan lilitan angker. Pada hujung belitan angker dipateri pada palang logam tersebut

PENUKARTERTIB / COMMUTATOR



PERGERAKAN MOTOR
Motor DC menggunakan magnet untuk menghasilkan pusingan
Prinsip asas magnet ialah kutub yang sama akan menolak dan kutub yang berlainan akan menarik
Apabila arus elektrik dialirkan melalui lilitan gegelung angker, kutub kutub magnet kekal bertindak dengan kutub elektromagnet
Proses medan magnet kekal menarik dan menolak elektro magnet pada gegelung angker, ini akan menghasilkan pusingan

PETUA TANGAN KANAN BAGI MOTOR

ARAH PUTARAN MOTOR DC BOLEH DITENTUKAN DENGAN PETUA TANGAN KANAN BAGI MOTOR

Ibu Jari Arah Medan Magnet


Jari Hantu Arah Gerakan Putaran

Jari Telunjuk Arah pengaliran Arus


JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT
1. Antara yang berikut manakah bahagian utama motor DC
I Berus karbon
II Penukartertib
III Kapasitor
IV Magnet
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

2. Antara berikut manakah merupakan fungsi utama sebuah motor DC?
A Menukar tenaga elektrik ke tenaga mekanikal
B Menukar tenaga mekanikal ke tenaga elektrik
C Menukar tenaga haba ke tenaga elektrik
D Menukar tenaga elektrik ke tenaga haba

3. Antara peralatan berikut manakah yang menggunakan mekanisme
penghantaran kuasa dari aci ke takal?
A Mesin gerudi mudah alih
B Permainan Kit robot
C Mesin gergaji jig
D Mesin gerudi lantai

4. Antara berikut yang manakah terdapat pada bil elektrik?
I Bacaan bulan lepas
II Bacaan bulan semasa
III Kadar tarif
IV Senarai peralatan yang digunakan
A I, II dan III
B I, III dan IV
C I, II dan IV
D II, III, dan IV

5. Antara berikut manakah yang terdapat pada bahagian motor DC?
I Berus karbon
II Penukartertib
III Magnet kekal
IV Gegelung angker
A I dan III
B II dan III
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

6. Pada bulan Mei bacaan meter kWj adalah 3392 dan pada bulan Jun ialah 3782. Berapakah jumlah unit tenaga yang digunakan ?
A 290 unit
B 390 unit
C 3392 unit
D 3782 unit

7. Antara berikut penyataan manakah benar mengenai meter kilowatt jam kWj) jenis digital ?
I Terdiri daripada meter berskala
II Bacaan di buat dari kiri ke kanan
III Nombor 1/10 tidak di ambil kira
IV Terdiri daripada meter berdigit
A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV


Kadar Tarif
200 unit pertama
RM 0.218 seunit
800 unit berikut
RM 0.258 seunit
Bagi setiap unit tambahan
RM 0.278 seunit

8. Berdasarkan Jadual di atas kirakan jumlah bayaran jika 378 unit tenaga
elektrik digunakan
A RM 43.60
B RM 82.41
C RM 89.52
D RM 97.52

9. Alat yang menggunakan motor DC kecuali
A skuter elektrik
B kereta mainan kawalan jauh
C kipas radiator kereta
D kipas siling

10. Plat perincian motor DC memberikan maklumat berikut
I jenis (DC / AC)
II kuasa bekalan (power)
III putaran (rpm)
IV rintangan (ohm)

A I, II dan III
B II,III dan IV
C I, III dan VI
D I, II dan VI

11. Terdapat dua jenis motor iaitu
A motor DC dan motor AC
B motor AC dan motor ulangalik
C motor DC dan motor arus terus
D motor automatik dan separuh automatik

12. Bahagian utama motor DC adalah seperti berikut kecuali
A rangka utama
B magnet kekal dan gegelung angker
C berus karbon dan penukartertib
D aci dan gear

1 ulasan:

farhana berkata...

mohon share..terima kasih.. :)