Sabtu, 8 Ogos 2009

JAHITAN HIASAN

1. Tampal Hias
Tampal hias ialah tampalan satu atau lebih kepingan fabrik yang berbentuk atau kepingan motif daripada fabrik ditampal dan dijahit ke atas pakaian atau artikel.


2. Tampal Cantum
Tampal cantum ialah cantuman beberapa keping fabrik yang sama warna atau berlainan warna, corak, bentuk dan saiz untuk menghasilkan corak yang menarik. Kepingan fabrik dicantumkan dengan mata jahitan lilit ubi untuk menghasilkan satu motif atau gambar. Motif ini kemudiannya dijahit ke atas artikel atau pakaian sebagai hiasan. Tampal cantum juga boleh dijadikan artikel besar seperti selimut, kusyen dan beg.

3. Jahitan Sulaman
Sesuatu hiasan boleh dijahit dengan mata jahitan sulaman untuk mendapatkan satu motif yang menarik. Motif yang hendak dihasilkan boleh dijahit dengan hanya satu rupa mata jahitan seperti gambar yang dihasilkan dengan mata jahitan silang pangkah. Kombinasi dua atau lebih mata jahitan sulaman boleh diaplikasikan untuk menghasilkan satu motif yang menarik. Mata jahitan sulaman juga boleh diguna bersama tampal hias supaya hiasan menjadi lebih kreatif.

4. Kuilting
Kuilting ialah corak yang timbul yang dihasilkan daripada tiga lapisan fabrik dilapik dengan wadding atau span nipis di tengah-tengah dan dilapis dengan sehelai kain di sebelah belakang lalu dijahit ketiga-tiga lapisan tersebut.

1 ulasan:

Unknown berkata...

3D Rose Lace CANTIK DAN MURAH!

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...
Menjemput anda ke online shop

info boleh didapati

http://lace-rose-murah.blogspot.com/

1 Row Lace Rose dijual dengan harga RM 4.50 dan RM 5.50 / meter sempena pembukaan online shop saya
Sangat Cantik....Boleh dijahit pada tudung, baju atau gaun dan headband sicomel...BANYAK LAGI WARNA MENARIK DI LAMAN WEB SAYA