Ahad, 14 Mac 2010

TANAMAN HIASAN TING. 2

PEMASUAN SEMULA

- mengubah tumbuhan ke pasu lain yang mengandungi medium yang baru.

1 . Tujuan Memasu Semula

(a) tanaman menerima nutrien,air,dan cahaya matahari .
(b) tanaman dialih atau dipindahkan dengan mudah.
(c) memudahkan kerja penjagaan dijalankan.
(d) menggantikan pasu lama yang tidak sesuai .
(e) memperbaiki sistem saliran dan pengudaran medium .

2 . Ciri-Ciri Tanaman Yang Perlu Pemasuan Semula

a. Medium yang kelihatan keras dan padat.
b. Pasu yang retak.
c. Air bertakung di permukaan medium.
d. Akar tumbuhan kelihatan keluar dari pasu.
e. Pertumbuhan pokok yang kurang subur.

3 . Pemilihan Pasu Atau Bekas Untuk Memasu

Faktor pemilihan bekas pemasuan semula:
a. Saiz pasu
b. Keberatan
c. Lubang saluran
d. Reka bentuk dan jenis bahan


4 . Jenis Bekas Pemasuan Semula Yang Biasa Digunakan.

a. Pasu tanah liat
b. Pasu plastik
c. Bekas logam
d. Bekas kayu @ papan

5 . Penyediaan Medium Memasu

- campuran medium memasu J.I.P (John Innes
Potting Compost).
-Terdiri daripada tanah loam,bahan organik,dan
pasir sungai dengan nisbah 7:3:2 @ 3:2:1.

6 . Memasu Semula Tanaman Hiasan

- penyediaan pasu
- mengeluarkan tumbuhan daripada pasu asal
- menanam semula tumbuhan

7 . Penjagaan Tanaman Hiasan

(a) merumput
(b) menggembur tanah
(c) membaja
(d) menyiram
(e) memberi sungkupan
(f) mengutil dan memangkas
(g) mengawal penyakit dan perosak

1 ulasan:

amy syaquena berkata...

salam perkenalan...saya dah add link awak..jemput la berkunjung ke teratak amy ye....

Dokumen shaniza.