1 Mengapakah dalam kerja membentuk logam lembut seperti aluminium, gandin getah sangat sesuai digunakan?
A Tidak meninggalkan kesan ketukan
B Hasil ketukannya perlahan
C Alat ini ringan
D Alat ini mudah digunakan
2 Namakan alatan yang sesuai digunakan untuk mencairkan glu panas.
A Air gun
B Mesin jip
C Hot glue gun
D Stapler gun
3 Manakah antara berikut, bukan sifat aluminium?
A Berkarat
B Ringan
C Lembut
D Tidak mencemar
4 Namakan bahagian pada cordless screw driver yang berfungsi memegang mata pemutar skru.
A Bindu
B Bateri
C Motor
D Pelaras
5 Berapakah sudut mata penebuk pusat?
A 75 C 45
B 60 D 30
6 Apakah fungsi jadual kerja dalam proses membuat projek?
A Memastikan kemasan projek sesuai
B Memastikan alatan digunakan sepenuhnya
C Memastikan projek siap dalam masa yang ditetapkan
D Mendisiplinkan pekerja
7 Manakah antara berikut, bukan aktiviti mencantum?
A Mengglu
C Meribet
B Merekat
D Mengemas
8 Manakah antara kemasan berikut, tidak kalis air?
A Semburan lekar jernih
B Syelek
C Tona kayu
D Cat licau
9 Nyatakan alatan yang diperlukan dalam proses mengukur.
A Pengukur keluli dan pita pengukur
B Pengukur keluli dan sesiku set
C Pensel dan pisau penanda
D Pensel dan pengukur keluli
10 Kerja menyapu syelek harus dilakukan pada______________.
A waktu malam
B waktu siang
C hari cuaca panas
D hari cuaca mendung
11 Alat yang digunakan untuk menggerudi lubang, memasang dan membuka skru ialah ________.
A ribet
B penebuk pusat
C cordless screw driver
D skru benam sendiri
12 Bahan bukan logam yang digunakan untuk sistem paip di rumah ialah _____________.
A PVC
B polisterin
C perspek
D fabrik
13 Nyatakan fungsi engsel?.
A Memotong kepingan logam nipis
B Menjadi sendi pada pintu
C Menanda sudut 90˚
D Menggerudi lubang kecil pada kayu
14 Apakah kelebihan menggunakan skru benam sendiri pada projek kepingan logam?
A Proses menggerudi dan membenang dijalankan berterusan
B Tidak memerlukan penggunaan pemutar skru
C Menggunakan kepala jenis nat kepak
D Bahagian atas kepala skru benam sendiri akan sama paras dengan permukaan logam
15 Kemasan untuk bahan logam ialah ________.
A cat licau
B syelek
C tona kayu
D varnis
16 Antara berikut, yang manakah adalah tujuan membuat dokumentasi?
A Menjadi bukti perlindungan
B Menepati jadual kerja yang ditetapkan
C Memudahkan kerja pembuatan
D Memahirkan diri dalam kerja penulisan
17 Berikut adalah benar tentang pengenalpastian masalah, kecuali ___________________.
A membandingkan produk yang sedia ada
B mengadakan lawatan ke ekspo
C mengkaji keadaan persekitaran
D mengadakan sumbang saran atau perbincangan
18 Nyatakan langkah pertama dalam proses mereka cipta.
A Pemilihan projek
B Mengenal pasti masalah
C Perancangan projek
D Pendokumentasian reka cipta
19 Cat licau yang terlalu pekat boleh dicairkan dengan menggunakan ________________.
A turpentin
B thinner
C spirit metil
D air
20 Antara berikut, yang manakah digunakan sebagai kemasan terakhir?
A Lekar jernih
B Syelek
C Varnis
D Tona kayu
21 Antara berikut, alatan yang manakah digunakan untuk menanda garisan pada kepingan logam?
A Pembaris keluli
B Penggarit
C Tolok penanda
D Penebuk pusat
22 Kesan calar pada permukaan kayu dapat dihilangkan dengan menggunakan ________.
A kertas las
B pengikis
C tepung penyumbat
D cat licau
23 Apakah yang boleh diterangkan semasa persembahan projek?
I Pembekal bahan binaan
II Fungsi projek
III Bahan yang digunakan untuk menghasilkan projek
IV Kos projek
A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
24 Antara berikut, yang manakah bahan yang terdapat dalam pelbagai warna?
A Keluli lembut
B PVC
C Perspek
D Aluminium
25 Aluminium boleh didapati dalam bentuk ______________.
A kepingan
B bongkah
C serbuk
D rod
5 ulasan:
Usaha yang sangat baik. Boleh ditambahnilai lagi dengan perbanyakkan pengurusan grafik. tk
Sila sertakan jawapannya sekali TQ
ada jawapan tak?
AT LEAST ADE JAWAPAN /.....
jawapan mane
Catat Ulasan