Hari Isnin hadapan 11.10.10 akan berlangsungnya peperiksaan bagi kertas Kemahiran Hidup. Diharapkan semua pelajar yg menduduki PMR akan menghadirkan diri bagi kertas tersebut kerana ianya merupakan kertas terakhir bagi pelajar yg tidak mengambil matapelajaran Bahasa Arab dan sebagainya.
Pagi tadi ada seorang calon bagi pusat dua, sekolah cikgu tidak hadir utk ke dua2 kertas sains. Dia menghantar SMS kepada guru setiausaha peperiksaan sekolah utk menjawab kertas sains pada sebelah petang....Apa yg pelajar ni fikir???? Ini peperiksaan peringkat sekolah yg ikut suka2 hati nak jawab waktu bila?? Nak tergelak pun ada, sedih pun ada. Taklimat peperiksaan tak hadir, inilah jadinya.
Diharap semua calon PMR ambil ikhtibar dari kisah benar ini dan bertanggungjawablah utk diri sendiri...kalau tak nak berubah juga, sapa yg susah?? Diri sendirilah yg rugi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan