Isnin, 10 Januari 2011

Fius

Fius merupakan seutas dawai kuprum atau dawai aloi timah plumbum yang akan lebur apabila arus melebih hadnya mengalir melaluinya. Apabila arus melebihi had mengalir melalui fius, ia tidak terus putus sebaliknya ia akan mengambil masa untuk putus/lebur. Oleh itu, perlindungan jenis ini boleh dianggapkan sebagai kurang cekap.

Faktor fius adalah dipengaruhi oleh kadaran arus fius dan arus fius. Kadaran arus fius merupakan kadar arus maksima yang boleh mengalir melalui fius tanpa meleburkan/memutuskan fius tersebut.

Kadar fius yang biasa adalah seperti 1A, 2A, 3A, 5A, 13A, 20A, 25A, 30A, 45A, 60A, 70A, 80A dan 100A. Arus fius adalah arus minimum yang boleh mengalir melaluinya dan menyebabkan fius tersebut lebur/putus.

Oleh itu, faktor fius adalah:
Faktor fius = Arus fius / Kadar arus fius

Terdapat tiga jenis fius yang biasa digunakan untuk kerja pemasangan elektrik.
Iaitu:
(a) Fius dawai semula.
Keadaan fius ini adalah separuh tertutup atau terdedah.

(b) Fius kartrij tertutup. Terdapat dua jenis iaitu:
(i) Jenis badan lutsinar yang boleh dilihat dawai fius
(ii) Jenis badan tidak lutsinar yang tidak boleh lihat dawai fiusnya

(c) Fius keupayaan pemutus tinggi

Tiada ulasan: