Isnin, 9 Mei 2011

SOALAN TANAMAN HIASAN

1 Apakah kelebihan membiak tanaman secara keratan batang?

I Baka pokok induk dapat dikekalkan

II Saiz pokok yang matang lebih mudah diuruskan

III Dapat menghasilkan tanaman yang lebih besar

IV Lebih cepat mengeluarkan hasil

A I,II dan III sahaja

B I,II dan IV sahaja

C I,III dan IV sahaja

D II,III dan IV sahaja

2 Apakah fungsi hormon pengakaran?

A Membekal nutrien

B Menggalak pertumbuhan akar

C Menggalak pertumbuhan daun

D Menghalang keratan daripada reput

3 Antara berikut, kombinasi yang manakah betul?


Jenis keratan

Tanaman hiasan

I

Kayu lembut

Ati-ati

II

Kayu sederhana keras

Bunga kertas

III

Kayu keras

Angsana

IV

Kayu keras

Ekor kucing

A I, II dan III sahaja

B I,II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

4 Susun mengikut urutan langkah menyemai keratan ke dalam bekas semaian dengan betul

I Buat lubang tanaman dalam medium semaian

II Celupkan pangkal keratan batang ke dalam serbok hormon pengakaran

III Isikan medium semaian ke dalam kotak semaian

IV Tanam keratan batang secara serong

A I, II, III, IV

B II, III, I, IV

C III, I, II, IV

D IV, II, I, III

5 Bougainvillea sp adalah nama saintifik kepada pokok

A bunga raya

B bunga kertas

C pokok siantan

D pokok pudding


6 Nisbah campuran tanah loam, bahan organik dan pasir sungai untuk menyediakan medium semaian ialah

A 2 : 1 : 1

B 3 : 2 : 1

C 3 : 2 : 2

D 7 : 3 : 2

7 Pilih pokok hiasan yang dibiakkan menggunakan keratan batang .

A Bunga raya

B Zinnia

C Bunga matahari

D Bunga balung ayam

8 Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan merumput di pasu keratan batang?

A Mengurangkan transpirasi

B Membaiki tekstur dan struktur tanah

C Menggalakkan pengeluaran cabang-cabang baru

D Mengurangkan persaingan untuk mendapatkan nutrien dan air

9 Mengapakah kapur dicampurkan dalam medium J.I.P ?

A Memudahkan campuran medium menyimpan air

B Menambahkan nutrien utama dalam campuran

C Mengurangkan keasidan campuran

D Mengelakkan serangan perosak dalam tanah

10 Pasir sungai digunakan dalam campuran medium adalah untuk

A membekalkan nutrien kepada medium

B membaiki saliran dan pengudaraan medium

C menggalakkan pembiakan mikro organisma dalam medium

D mempercepatkan pengambilan nutrien dari medium

11 Mengapakah keratan batang yang diubah ke dalam beg politena perlu diletakkan di tempat yang teduh?

A Untuk meningkatkan transpirasi

B Untuk mengurangkan renjatan

C Untuk menghapuskan organisma tanah

D Untuk mengelakkan kehilangan tanah

12 Apakah tujuan merumput dan menggembur tanah?

I Membekalkan nutrien kepada tumbuhan

II Membaiki pengudaraan tanah

III Menghapuskan perumah perosak tanaman

IV Mengelak persaingan tumbuhan dengan rumpai

A I, II dan III sahaja

B I, II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

13 Susun mengikut urutan yang betul dalam proses penjagaan anak pokok.

I Menyiram

II Merumput

III Membaja

IV Menggembur tanah

A I, II, IV, III

B II, IV,III,I

C III, II, I, IV

D IV, I, II, III



14 Antara berikut yang manakah menerangkan ciri pemilihan keratan batang ?

I Pokok induk yang sihat dan baik

II Batang berdiameter 1 cm - 1.5 cm

III Bebas daripada serangan penyakit dan perosak

IV Mempunyai daun yang lebat

A I, II dan III sahaja

B I, II dan IV sahaja

C I, III, dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja



Dihasillkan daripada bahagian batang pokok yang baru matang

15 Peryataan di atas menerangkan

A keratan kayu keras

B keratan kayu matang

C keratan kayu lembut

D keratan kayu sederhana keras

16 Bahagian pokok yang manakah biasa digunakan sebagai bahan semaian dalam pembiakan keratan batang?

I Daun

II Batang

III Dahan

IV Ranting

A I, II dan III sahaja

B I, II dan IV sahaja

C I, III danIV sahaja

D II, III dan IV sahaja

17 Nama saintifik bagi pokok puding ialah

A Cadiaeum sp

B Ixora javanica

C Bougainvillea sp

D Hibiscus rosa sinansis

18 Nisbah campuran medium semaian ialah 2:1:1. Apakah kandungan medium

semaian tersebut?

A Tanah liat, tanah loam dan bahan organik

B Tanah loam, bahan organik dan pasir sungai

C Pasir sungai, tanah liat dan bahan organik

D Bahan organik, pasir sungai dan tanah loam.

19 Apakah nama sainstifik bagi pokok bunga kertas?

A Hibiscus

B Codiaeum

C Bougainvillea

D Ixora javanica

20 Apakah yang perlu dilakukan selepas menyemai keratan batang?

A Dibaja dan disiram

B Diletakkan di tempat yang teduh

C Disiram dan ditutup dengan plastik lutsinar

D Diletakkan di tempat yang mendapat cahaya matahari

21 Apakah tujuan mencelup keratan pengakaran ke dalam hormon pengakaran?

A Untuk menggalakkan pertumbuhan akar

B Untuk mempercepatkan pertumbuhan daun

C Untuk mencegah pembiakan perosak

D Untuk memperbaiki pengudaraan dan saliran dalam medium

22 Medium pengakaran yang paling baik untuk keratan batang ialah

A tanah sungai

B pasir sungai

C serpihan batu

D medium semaian

23 Kotak semaian perlu mempunyai lubang saliran di dasarnya untuk

A mempercepat reputan bahan organik

B memudahkan akar yang panjang keluar

C membolehkan air yang berlebihan keluar

D menambahkan pengudaraan medium semaian

24 Medium penanaman berbeza daripada medium semaian dari segi

I kegunaan

II nisbah campuran

III bahan campuran

IV cara penyediaan

A I sahaja

B I dan II sahaja

C I, II, dan III sahaja

D I, II dan IV sahaja

25 Medium semaian boleh disediakan daripada campuran

I tanah liat

II tanah loam

III pasir sungai

IV bahan organik

A I, II dan III sahaja

B I, II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

Tiada ulasan: