1 Apakah yang dimaksudkan dengan perancangan menu?
A Rancangan masakan untuk seminggu
B Hidangan kegemaran ahli keluarga
C Senarai sajian makanan yang terancang
D Makanan yang dihidang secara peranggu meja
2 Antara makanan yang berikut manakah termasuk dalam hidangan sepinggan lengkap?
l Roti
ll Pizza
lll Nasi goreng
lV Roti canai
A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
3 Antara berikut ,yang manakah kegunaan kain maslin?
A Memerah santan
B Mengelap tangan
C Menutup makanan
D Mengesat pinggan mangkuk
4 Antara berikut ialah jenis kain dan kegunaannya. Pilih pasangan yang betul.
| Jenis kain | Kegunaan |
A | Kain pencuci | Mengeringkan pinggan mangkuk |
B | Kain pengelap pinggan mangkuk | Menutup makanan yang telah di masak |
C | Kain ketuhar | Mengalihkan makanan panas dari dapur |
D | Kain maslin | Mengelap dan mengeringkan tangan |
5 Antara yang berikut manakah hidangan sepinggan lengkap cara timur bagi orang
India?
l Laksa
ll Tose
lll Roti canai
lV Nasi ayam
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
6 Antara yang berikut, manakah yang dilakukan dalam persiapan menyaji cara barat?
A menggunakan pinggan mangkuk kalis karat
B menyediakan kendi untuk membasuh tangan
C memastikan setiap individu disediakan piring sos
D meletakkan gelas di sebelah kanan pinggan makan
7 Antara hidangan berikut yang manakah perlu disediakan terlebih dahulu dalam
penyediaan memasak?
l Hidangan yang perlu dihidangkan sejuk seperti salad
ll Hidangan yang mudah dan cepat disediakan seperti menggoreng sayur
lll Hidangan yang perlu dihidangkan panas-panas seperti sup
lV Hidangan yang mengambil masa yang lama untuk dimasak
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
8 Antara berikut yang manakah minuman berkhasiat?
l Kopi
ll Jus Karot Bersusu
lll Air barli
lV Koko
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
9 Antara berikut yang manakah kutleri?
l Sudu
ll Penyepit
lll Garpu
lV Cawan
A I,II dan III
B I,III dan IV
C I,II dan IV
D II,III dan IV
10 Semasa menikmati hidangan makan tengah hari bersama saudara mara di rumah,
bagaimanakah cara untuk mendapatkan lauk yang jauh?
A Meminta orang lain menghulurkannya
B Bangun dan mengambil sendiri makanan itu
C Membongkok untuk mengambil makanan itu
D Berdiri dan meminta dihidangkan lauk tambahan
11 Antara yang berikut,manakah etika makan yang betul?
I Duduk dengan selesa
II Menyuap makanan dengan cermat
III Membasuh tangan semasa makan
IV Menggunakan tapak tangan untuk menggaul nasi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
§ Daging yang lembut
§ Sayuran yang ranggup
§ Puding yang lembut
12 Aspek yang dinilai untuk pernyataan di atas ialah
A rasa
B warna
C tekstur
D cara masak
13 Antara berikut yang manakah susunan lengkap yang betul untuk membuat minuman
belimbing?
I Buatkan sirap
II Masukkan sirap
III Potong belimbing dan perah jusnya
IV Tapis jus belimbing
A I, III, II, IV
B I, III, IV, II
C III, IV, II, I
D III, IV, I, II
§ Makanan mudah diperolehi
§ Makanan segar dan berkhasiat
14 Faktor dalam perancangan menu di atas adalah berkaitan dengan
A tujuan sajian
B kepelbagaian
C perbelanjaan
D sumber makanan semasa
15 Hidangan lontong terdiri daripada
A nasi putih , kari ikan dan sambal ikan bilis
B nasi lemak, sambal ikan bilis dan timun
C nasi impit, kuah lodeh dan sambal kacang
D nasi putih, sambal ikan bilis dan telur
16 Senarai masakan dalam sesuatu hidangan disebut sebagai
A menu
B resepi
C susunan kerja
D pilihan masakan
17 Anda dikehendaki menyajikan sejenis hidangan sepinggan lengkap untuk makan
malam. Hidangan itu haruslah
I dikukus
II berkuah
III menarik
IV seimbang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
· Pemilihan menu adalah bergantung pada jantina, umur, aktiviti dan kesihatan
18 Pernyataan di atas adalah menerangkan tentang faktor
A masa
B keperluan
C kemudahan fizikal
D bilangan tetamu
19 Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa merancang menu?
I Kegemaran
II Kepelbagaian
III Perbelanjaan
IV Sumber tenaga
A I sahaja
B II dan III
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV
20 Yang manakah antara berikut merupakan alatan memasak?
I Penunu
II Petitin
III Sudip
IV Loyang
A I danII
B II dan III
C I, III, IV
D I, II, III dan IV
21 Antara pernyataan berikut, manakah yang menerangkan menu yang paling
tepat?
A Senarai bahan-bahan kering dan bahan-bahan basah
B Senarai masakan untuk sesuatu sajian
C Disediakan dan dimasak serta boleh disajikan secara peranggu meja
D Satu hidangan lengkap yang mengandungi kesemua nutrien yang
diperlukan oleh tubuh
22 Antara hidangan berikut yang manakah perlu dihidangkan secara panas?
I Sup
II Ayam goreng
III Jus buah-buahan
IV Salad buah-buahan
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
23 Apakah kebaikan membuat perancangan menu untuk sesuatu sajian?
A Memenuhi selera setiap individu
B Mengurangkan sumber nutrien
C Memastikan semua orang kenyang
D Menghasilkan makanan yang lazat
24 Minuman bersusu dapat dikelaskan sebagai minuman
A berkhasiat
B menyegarkan
C mengenyangkan
D merangsangkan
25 Etika makan ialah peraturan atau tata cara yang baik dan sesuai ketika makan.
Pernyataan yang berikut adalah benar mengenai etika makan kecuali
A meletakkan napkin di atas paha
B meniup makanan yang panas
C menyuap makanan sedikit demi sedikit ke dalam mulut
D meminta bantuan orang yang berhampiran untuk mengambil makanan yang jauh
A Menambah rasa
B Menambah selera
C Menambah tekstur
D Menambah bentuk
27 Mengapakah kita digalakkan menyediakan senarai beli-belah sebelum berbelanja?
A Dapat membantu perniaga
B Dapat mengawal perbelanjaan harian
C Dapat menyediakan wang yang banyak
D Dapat mengelak pembaziran dan berjimat
28 Berikut merupakan hidangan sepingan lengkap kecuali
A capati
B kari bilis
C roti canai
D nasi goreng
29 Pilih panduan-panduan yang perlu diikuti semasa menyediakan dan memasak makananI memakai apron dan penutup rambut
II menyediakan peranggu meja yang sesuai
III menggunakan kain dapur yang bersih
IV mengemas meja sajian selepas digunakan
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D II dan IV
30 Alatan asas di bilik dapur seperti pisau, sudu, dan garpu dikenali sebagai
A kutleri
B pasteri
C picagari
D pizagari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan