Rabu, 22 Julai 2009

Lampu Pendarfuor


Litar lampu pendarfluor

Lampu pendarfluor

1. Tiub pendarfluor
Diperbuat daripada kaca yang berisi merkuri dan gas argon.
Bahagian dalam tiub disalur dengan lapisan fosfor.
Terdapat dua pin elektrod pada kedua-dua hujung tiub.
Apabila arus elektrik mengalir melalui pin elektrod, tiub akan menghasilkan sinaran ultraungu.
Cahaya putih akan dihasilkan apabila terkena sinaran ultraungu.
2. Perumah
Perumah lampu pendarfluor mengandungi cok, pemegang tiub, pemegang suis penghidup, dan suis penghidup.
3. Cok
Digunakan untuk membekalkan voltan yang tinggi pada awal penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala.


4. Pemegang tiub
Pemegang tiub terletak pada kedua-dua hujung perumah.
Pemegang tiub berfungsi untuk menyangga tiub pendarfluor.
5. Pemegang suis penghidup
Pemegang suis penghidup berfungsi untuk menempatkan suis penghidup.
6. Suis penghidup
Suis penghidup hanya berfungsi untuk menghidupkan lampu.
Lampu akan terus menyala walaupun suis penghidup ditanggalkan.
Kapasitor dalam litar lampu kalimantang adalah untuk memperbaiki faktor kuasa. Tanpa kapasitor, litar ini akan mewujudkan faktor kuasa rendah dan seterusnya akan memberi kesan kepada pendawaian lampu tersebut dalam jangkamasa panjang.
Kelebihan Lampu pendaflour
Warnanya putih terang dan tidak menyilaukan mata
Cahayanya sejuk
Menjimatkan elektrik
Tidak meninggalkan bayang hitam

Jumaat, 10 Julai 2009

Soalan Latihan Ting. 1

1. Label B merujuk kepada alat pemadam api jenis
A air
B buih
C debu kering
D karbon dioksida

2. Antara berikut alat pemadam api jenis manakah yang paling sesuai untuk memadam api dari semua jenis punca kebakaran?

A A
B B
C BC
D ABC
3. Apakah langkah pertama yang perlu diambil jika ternampak punca api kebakaran
dalam Bengkel Kemahiran Hidup?

A Melaporkan kepada guru
B Menuju ke kawasan lapang
C Membunyikan loceng amaran
D Mengosongkan bengkel dengan segera

4. Antara berikut yang manakah urutan langkah-langkah mengendalikan alat pemadam api?

I Cabut pin picu keselamatan
II Halakan “nozel” ke punca api
III Tekan tuas rapat kepada pemegang
A I, II dan III
B I, III dan II
C II, III dan I
D II, I dan III

5. Etika kerja bermaksud

A disiplin dan sikap individu terhadap kerja
B amalan tidak membazir dan sentiasa ceria
C peradaban manusia seperti berilmu dan berkemahiran
D cara peradaban yang menjadi amalan dalam organisasi

6. Seorang formen mempunyai tugas untuk
A. membersih lantai dan menyusun peralatan di makmal
B. memastikan para pelajar menggunakan alat tangan yang betul semasa menjalankan kerja amali
C. melakukan kerja penyelarasan tugas membuka dan menutup tingkap di makmal
D. memastikan pelajar menjalankan tugas mengikut giliran tugasan masing-masing

7. Langkah keselamatan yang harus diamalkan ialah

A menguji ketajaman pahat dengan jari
B menangkap pahat yang terjatuh kelantai
C menggunakan pahat yang tajam semasa memahat
D menggunakan pahat yang tumpul semasa memahat

8. Jenis mesin jahit terdiri daripada :
I. Mesin jahit kaki
II. Mesin jahit tangan
III. Mesin jahit elektronik
IV. Mesin jahit cordless

A. I dan II
B. I, II dan III
C. III dan IV
D. I, II, III dan IV

9. Apakah faktor utama yang menentukan hasil jahitan yang baik dan cantik?
A. Mesin jahit yang mahal
B. Had laju pergerakan mesin jahit
C. Fungsi mesin jahit yang canggih
D. Kemahiran orang yang menggunakan mesin jahit.

10.Antara berikut yang manakah merupakan fungsi gigi penolak?
A. Memegang jarum jahit
B. Memula dan mematikan jahitan
C. Menolak kain ke hadapan ketika menjahit
D. Melaraskan saiz mata jahitan yang dikehendaki

11. Sebelum menjahit, pastikan mesin jahit berada di tempat………………..
A. yang terang
B. yang tinggi
C. yang berhampiran dengan pintu
D. yang berdekatan dengan bilik

12. Berikut ialah jenis jahitan hiasan, kecuali:
A. Jahitan insang pari
B. Jahitan jelujur
C. Jahit suji bilang
D. Jahitan silang pangkah

13. Joanna tinggi dan langsing. Pakaian yang berikut sesuai untuknya kecuali ..
A. corak bunga yang besar
B. garis yang menegak
C. tekstur fabrik yang berkilau
D. potongan skirt kembang dan lengan gelembung

14. Fabrik kapas mempunyai ciri-ciri berikut kecuali
A. tahan bahan peluntur
B. tidak tahan direbus
C. menyerap lembapan
D. mudah renyuk dan mengecut

15. Mengapakah rumpai dalam medium memasu perlu dihapuskan?
A Supaya tumbuhan kelihatan lebih baik
B Untuk membaiki saliran dan pengudaran dalam medium memasu
C Untuk mengurangkan keperluan menyiram dan membaja
D Supaya tidak menjadi pesaing kepada tumbuhan untuk mendapatkan
nutrien

16. Berapakah nisbah penyediaan medium semaian?
A 7:5:2
B 3:2:1
C 2:1:1
D 3:1:1

17. Penyiraman yang dilakukan semasa panas terik akan menyebabkan tumbuhan hiasan
A. gugur daunnya
B. tidak berbunga
C. melecur daunnya
D. terbantut tumbesarannya

18. Apakah tujuan utama menggembur permukaan medium penanaman?
A. Memudahkan pokok mendapat nutrien
B. Menambahkan bilangan akar pokok
C. Meningkatkan sejatan air dalam medium
D. Memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah

19. Nisbah medium penanaman John Innes Potting Compost (J.I.P) ialah
A. 2:1:1
B. 3:2:1
C. 2:2:1
D. 7:3:2

20. Antara tumbuhan berikut, yang manakah boleh dibiakkan secara keratan batang?
I. Hibiscus
II. Codiaeum
III. Impatiens
IV. Celosia
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV

Jumaat, 3 Julai 2009

Merancang menu

Apabila membuat perancangan kerja amali masakan beberapa perkara perlu difikirkan terlebih dahulu:
1. Alatan yang digunakan mestilah sesuai dengan jenis masakan
Contoh:- tidak semestinya pinggan bulat untuk manis dan pinggan bujur untuk savouri
:- Makanan berkuah dihidang di dalam mangkuk

2.Alatan Sesuai Dengan Kegunaan
i. Contoh:- Kuali - Sudip
ii. Contoh:- Periuk – Senduk / Senduk kayu

3. Nutrien Seimbang - mengandungi karbohidrat, protien, vitamin, lemak dan garam mineral.

4.Hiasan makanan sebaiknya
a. Boleh dimakan
b. Kesesuaian
• Pedas dengan pedas
• Manis dengan manis
c. Tidak boleh dimakan, tetapi digunakan dalam masakan contohnya bunjut sup.

5.Memasak mengikut Langkah yang betul
a. Perancangan menu
b. Resipi yang dipilih

6.MENU SESUAI DENGAN SAJIAN
a. MAKANAN BEKAL
CIRI:-
• Kering
• Tidak mudah rosak
• Mudah dibawa
• Mudah disediakan
• Seimbang

b. HIDANGAN MAKAN TENGAH HARI
CIRI :-
• Seimbang
• Menu yang lengkap
• Kepelbagaian ( rasa, rupa, warna, tekstur, kaedah memasak)

c. HIDANGAN MAKAN MALAM
CIRI :-
• Seimbang
• Menu yang lengkap
• Kepelbagaian
• Kurangkan lemak

7. LEBIH DARIPADA SATU KAEDAH MEMASAK
Mempelbagaikan kaedah memasak dalam sesuatu sajian seperti :-
•Merebus
• Menggoreng
• Mengukus…

8. SUSUNAN MEMASAK YANG SISTEMATIK
•Makanan yang perlu disejukkan disediakan terlebih dahulu - contoh Puding Caramel
• Makanan yang dihidang panas disediakan kemudian -Air Oren
• Makanan yang cepat dimasak disediakan akhir -Kuetiau Goreng
Agihan masa memasak sesuai dengan tempoh penyediaan
•Kuetiau goreng - 10 – 15 minit
• Air oren - 5 - 10 minit
• Abuk-abuk - 25 - 35 minit


Peranggu meja yang disusun mengikut cara barat.

Khamis, 11 Jun 2009

Tempat Kediaman

A. Tempat kediaman didefinasikan sebagai tempat tinggal seperti:
a. Rumah
b. Asrama

B. Tempat Kediaman yang baik dapat memenuhi :
a. Keperluan fizikal – memberi perlindungan dan keselamatan
b. Keperluan sosial – penghuni dapat melakukan aktiviti individu
c. Keperluan psikologi – memberi kete-nangan jiwa dan keselamatan hidup

C. Terdapat 3 jenis ruang tempat kediaman.

a. CONTOH RUANG SOSIAL - RUANG MAKAN


b. CONTOH RUANG PERSENDIRIAN - TANDAS

c. CONTOH RUANG KERJA - GARAJ

FAKTOR KESELESAAN TEMPAT KEDIAMAN

1.PENCAHAYAAN

- RUANG DI TEMPAT TINGGAL MESTILAH DITERANGI DENGAN BAIK OLEH CAHAYA MATAHARI ATAU CAHAYA DARI LAMPU SUPAYA
DAPAT MELIHAT DENGAN BAIK
MENGELAKAN KEMALANGAN BERLAKU
MENAMBAH KESELESAAN DALAM RUMAH
= PENCAHAYAAN YANG LEMBUT AKAN MEMBERIKAN SUASANA YANG SELESA
= PENCAHAYAAN YANG TERLALU KUAT ATAU TERLAMPAU MALAP AKAN MEMENATKAN DAN MEROSAKKAN MATA

TERDAPAT 3 JENIS PENCAHAYAAN
1. PENCAHAYAAN TERUS / PENCAHAYAAN LANGSUNG
CAHAYA YANG MEMANCAR TERUS KE SASARANNYA CONTOH NYA LAMPU MEJA

2. PENCAHAYAAN TAK TERUS / PENCAHAYAAN TAK LANGSUNG
CAHAYA PEMBALIKAN DARI SILING ATAU DINDING
3. PENCAHAYAAN AM- PENCAHAYAAN MENYELURUH UNTUK SESUATU RUANG.

2. PENGUDARAAN
- Pengudaraan yang kurang baik akan menyebabkan suasana yang panas lembab dan tidak selesa
- Tempat kediaman boleh mendapat pengudaraan yang baik melalui:
- Kipas penyedut Udara / Pengedar Udara
- kipas angin / penyaman udara
- kekisi, tingkap, pintu

3.LANTAI & PENUTUP LANTAI

PEMILIHAN LANTAI YANG BAIK DAPAT MEMBERI KESELESAAN KEPADA PENGHUNINYA

CIRI CIRI LANTAI YANG BAIK :
CANTIK : HALUS, RATA, SEDAP DIPANDANG DAN SESUAI UNTUK SESUATU RUANG
KUKUH : TAHAN LASAK DAN TAHAN LAMA
TIDAK LICIN : TIDAK MUDAH TERGELINCIR UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN
SENANG DIJAGA : MUDAH DI BERSIHKAN

JENIS JENIS LANTAI
Jenis lantai , Jenis Ruang yang sesuai dan Ciri Ciri
a. Lantai Simen - Dapur, stor, bilik mandi, anjung, garaj, longkang -Tahan Lasak & Tidak Licin
b. Lantai Papan/parket - Ruang tamu, ruang makan, bilik tidur, tangga - Menarik Sejuk tidak licin
c. Lantai Vinyl -Ruang tamu, dapur, bilik tidur -Jubin, Mozek
d. Dapur, bilik mandi dan tandas, ruang makan, patios tangga, ruang rehat, anjung dll - Menarik Tidak licin Mudah dicuci
e. Terazo -Ruang tamu, bilik tidur -Menarik sejuk, kukuh Licin
f. Jubin / Jubin bilik mandi - Bilik mandi, tandas, dinding ruang dapur -Menarik Sejuk, Licin kukuh, Mudah dicat
g. Marmar - Ruang tamu, bilik tidur - Menarik, tahan lasak sejuk, mudah dicuci

PEMILIHAN LANTAI MESTILAH SESUAI DENGAN RUANG TEMPAT KEDIAMAN

4. SKEMA WARNA
TIGA KUMPULAN SKIM WARNA
WARNA TERANG- Oren, kuning, merah
WARNA LEMBUT- hijau muda, ungu muda, biru muda
WARNA GELAP – koko, hitam, biru tua

WARNA LEMBUT

• UNTUK RUANG YANG MENDAPATKAN CAHAYA MATAHARI YANG CUKUP
• RUANG KECIL KELIHATAN BESAR
• SILING RENDAH KELIHATAN TINGGI
• SUASANA RUANG SEJUK DAN TENANG

WARNA TERANG

• UNTUK RUANG YANG KURANG MENERIMA CAHAYA
• RUANG KECIL KELIHATAN BESAR
• SILING RENDAH KELIHATAN TINGGI
• SUASANA CERIA DAN GIRANG

WARNA GELAP

• RUANG BESAR KELIHATAN KECIL
• SILING TINGGI KELIHATAN RENDAH
• SUASANA REDUP DAN MURAM

5. ALATAN & KELENGKAPAN
a.ALAS LANTAI ATAU HAMPARAN YANG SESUAI MENAMBAHKAN KECANTIKAN PADA LANTAI
Contoh Lantai – jubin, parquet, marmar, mozek, terazo
Penutup Lantai – ambal, tikar, permaidani
linolium
tikar plastik
tikar mengkuang
ambal
permaidani

b.TEMPAT KEDIAMAN MEMERLUKAN PERABUT DAN KELENGKAPAN UNTUK KEMUDAHAN DAN KESELESAAN PENGHUNINYA

c.PERABUT DAN KELENGKAPAN PERLU DISUSUN DENGAN SISTEMATIK SUPAYA
– UDARA DAPAT BEREDAR DENGAN BAIK
– TIDAK MENGHALANG LALUAN
– KEMALANGAN DAN KECEDERAAN DAPAT DIELAKKAN

d.FAKTOR PEMILIHAN PERABUT DAN KELENGKAPAN TEMPAT KEDIAMAN
= KEMAMPUAN KEWANGAN
= REKABENTUK, CORAK DAN WARNA
= BILANGAN AHLI KELUARGA
= SAIZ RUANG
= UMUR DAN KESIHATAN
Pilih alat kelengkapan mengikut keutamaan
Pastikan ia berkeadaan baik, mudah digunakan, dijaga, dibersihkan serta boleh dipercayai dan popular supaya alat ganti mudah diperolehi, serta mesra alam.

6.KESELAMATAN
Tempat kediaman perlu diurus supaya penghuninya sentiasa berasa selesa dan selamat

KEADAAN SELAMAT DITEMPAT KEDIAMAN DAPAT DIWUJUDKAN DENGAN CARA BERIKUT
a. Memasang loceng keselamatan
b. Memasang alat pengesan asap
c. Memasang jeriji besi
d. Mengadakan peraturan peraturan tertentu
e. Membersihkan tempat kediaman
f. Melebelkan ubat ubatan dan bahan beracun
g. Mematuhi peraturan ketika menggunakan alatan elektrik

Keselamatan Merupakan Faktor Yang Sangat Penting Dalam Pengurusan Tempat Kediaman. Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Ialah :
• Peralatan elektrik & peralatan tajam digunakan dengan cara yang betul dan disimpan di tempat yang selamat.

• Jenis lantai yang digunakan sesuai dengan fungsi ruang supaya kemalangan dapat dielakkan.

• Alat pemadam api disediakan.
• Susun atur alatan & Kelengkapan tidak menghalang laluan & Pergerakan.