Jumaat, 3 Julai 2009

Merancang menu

Apabila membuat perancangan kerja amali masakan beberapa perkara perlu difikirkan terlebih dahulu:
1. Alatan yang digunakan mestilah sesuai dengan jenis masakan
Contoh:- tidak semestinya pinggan bulat untuk manis dan pinggan bujur untuk savouri
:- Makanan berkuah dihidang di dalam mangkuk

2.Alatan Sesuai Dengan Kegunaan
i. Contoh:- Kuali - Sudip
ii. Contoh:- Periuk – Senduk / Senduk kayu

3. Nutrien Seimbang - mengandungi karbohidrat, protien, vitamin, lemak dan garam mineral.

4.Hiasan makanan sebaiknya
a. Boleh dimakan
b. Kesesuaian
• Pedas dengan pedas
• Manis dengan manis
c. Tidak boleh dimakan, tetapi digunakan dalam masakan contohnya bunjut sup.

5.Memasak mengikut Langkah yang betul
a. Perancangan menu
b. Resipi yang dipilih

6.MENU SESUAI DENGAN SAJIAN
a. MAKANAN BEKAL
CIRI:-
• Kering
• Tidak mudah rosak
• Mudah dibawa
• Mudah disediakan
• Seimbang

b. HIDANGAN MAKAN TENGAH HARI
CIRI :-
• Seimbang
• Menu yang lengkap
• Kepelbagaian ( rasa, rupa, warna, tekstur, kaedah memasak)

c. HIDANGAN MAKAN MALAM
CIRI :-
• Seimbang
• Menu yang lengkap
• Kepelbagaian
• Kurangkan lemak

7. LEBIH DARIPADA SATU KAEDAH MEMASAK
Mempelbagaikan kaedah memasak dalam sesuatu sajian seperti :-
•Merebus
• Menggoreng
• Mengukus…

8. SUSUNAN MEMASAK YANG SISTEMATIK
•Makanan yang perlu disejukkan disediakan terlebih dahulu - contoh Puding Caramel
• Makanan yang dihidang panas disediakan kemudian -Air Oren
• Makanan yang cepat dimasak disediakan akhir -Kuetiau Goreng
Agihan masa memasak sesuai dengan tempoh penyediaan
•Kuetiau goreng - 10 – 15 minit
• Air oren - 5 - 10 minit
• Abuk-abuk - 25 - 35 minit


Peranggu meja yang disusun mengikut cara barat.

2 ulasan:

:: Z-yAna Me! :: berkata...

assalamualaikum...
nak tnye siket kalau untuk sarapan kan..
minuman ape yg sesuai ae?
*cara barat*

sarimahshaniza berkata...

Waalaikumusalam.
Kalau sarapan, seeloknya minuman panas sama ada bersusu atau pun tidak.Cth, milo, teh, horlick. Boleh juga dihidangkan jus buah (jgn letak ketul ais).

Dokumen shaniza.