Jumaat, 24 Julai 2009

PAIP ASAS

JENIS PAIP

Paip Besi Galvani
Dibuat daripada besi galvani

Ciri-cirinya
Tahan lasak
Tidak mudah patah
Berat
Tahan haba tinggi
Boleh berkarat
Dibahagikan kepada 2 jenis gred ketebalan

Paip PVC
Diperbuat daripada PVC (Polyvinyl Chloride)
Ciri-ciri
Murah
Ringan
Tidak tahan panas
Mudah patah dan pecah
Dijual dalam dua gred ketebalan

Paip Poli
Paip getah tiruan hitam (HDPE)

Ciri-ciri
Tahan karat
Tidak mudah patah
Mudah disambung dan mudah ditanggalkan
Liat dan elastik
boleh dilentur

Jenis penyambung
1. Soket sama - Digunakan untuk menyambung paip yang sama saiz diameter
2. Soket pengecil - Digunakan untuk menyambung paip yang berbeza saiz diameternya
3. Siku 90º - Digunakan untuk mengubah arah sambungan paip yang bersudut 90º
4. T sama - Digunakan untuk menambah sambungan paip
5. T pengecil - Digunakan untuk menambah sambungan paip yang berbeza diameternya
6. Penyuai soket injap - Digunakan untuk menghubungkan dua jenis paip yang berlainan seperti paipPVC dengan paip BG
7. Penyuai soket PT - Digunakan untuk menyambung batang paip dengan pili
8. Puting heksagon -
Digunakan untuk menyambung dua soket sama atau dengan soket penyuai PT
Digunakan untuk menyambung dua jenis paip yang berlainan seperti paip BG dengan paip PVC
9. Palam - Digunakan untuk menutup hunjung paip yang tidak digunakan
10. Soket Penjodoh - Digunakan untuk menyambung dua batang paip BG tanpa mengubah kedudukan penyambung yang lain


Penyambung jenis PVC

Penyambung jenis poli

Penyambung jenis besi bergalvani
BAHAN PENYAMBUNG
1. Pita PTFE- Poly textra fluoro ethylene adalah sejenis pita putih lembut dan nipis. - digunakan untuk mengelakkan kebocoran pada sambungan paip dan mengukukuhkan sambungan paip BG
2. Glu PVC - adalah sejenis gam/pelekat cair jenis yang cepat kering- glu PVC disapu pada kedua-dua bahagian paip PVC dan terus buat sambungan

Bahan penyambungan paip.

PILI
Kegunaan- mengawal pengaliran keluar air daripada hujung paip
Jenis
Pili bertiang- mempunyai alur masuk menegak
Pili berbibir- mempunyai alur masuk melintang

Pelbagai jenis Kepala paip/ Pili


Pili Bertiang

Pili berbibir


Perangkap sinki jenis botol, jenis P dan S.

Jenis Perangkap Sinki
Perangkap 'P'
Perangkap 'S'
Perangkap botol
Membersihkan perangkap
1. Menggunakan pelocok- Pelocok boleh digunakan sekiranya sinki tidak tersumbat dengan teruk
2. Membuka dan mencuci bahagian kedap- Bahagian kedap perlu dibuka dan kekotoran yang terperangkap di dalamnya hendaklah ditarik keluar dengan dawai keras

Tiada ulasan: