Sabtu, 23 Mei 2009

Kerja kursus Modul 4 - ting 3

Ini adalah panduan untuk menghasilkan folio kerja kursus modul 4 KHB Teras. Kepada semua pelajar, maklumat ni cikgu dapat sewaktu menghadiri kursus penataraan kerja kursus dua minggu lepas. Disebabkan kesibukan dengan pelbagai tugas, maklumat ni lambat sikit nak disampaikan..apa-apa pun, gunalah maklumat ni sebagai rujukan dan jika terdapat sebarang kelemahan..maafkan cikgu.

4.1.i.Menyatakan masalah yang hendak diselesaikan dengan jelas

Masalah :
- Laci almari sering berselerak dengan barang-barang seperti alat solek dan aksesori wanita. Hal ini menyukarkan dan mengambil masa yang panjang untuk mencari barang yang diperlukan

Penyelesaian Masalah
-Reka satu produk yang boleh menyimpan aksesori dengan lebih kemas dan teratur

4.1.ii Menyenaraikan sekurang kurangnya 3 produk yang sedia ada di pasaran
Menyenaraikan beberapa produk yang mempunyai :
• nama produk
• bersesuaian dengan masalah yang hendak diselesaikan

Triple box

kotak beg

Jewel box

rak serbaguna

4.1.iii. Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan produk yang diperolehi

Tuliskan kekuatan dan kelemahan bagi setiap produk yang telah dipilih (produk seperti di atas)
Kekuatan
§……………
§……………..
§……………
§……………
Kelemahan
§………….
§………….
§………….
§………….

4.1.iv Membuat sekurang-kurangnya tiga lakaran berlabel idea penyelesaian masalah

i.-Lakaran dibuat dalam bentuk 3D

-Lakaran oblik atau Lakaran isometrik atau Lakaran perspektif



lakaran yang dipilih (lukisan kerja - ada garisan dimensi sekali)

lakaran yang dipilih

ii. Senarai bahan (rujuk buku teks KHB ting. 3 muka surat 13 )

BIL BAHAN KUANTITI
1 MDF 100 keping
2 Perspek 3 mm 100 keping
3 PVC 65 mm 100 batang
4 Kertas Las 50 keping
5 Cat Licau 1 tin 5 liter
6 Paku 1 kilogram
7 Glu 1 liter 2 tin

iii. Menyediakan jadual kerja yang mengandungi senarai aktiviti (rujuk buku teks ms 14)

Bil Minggu Aktiviti
1 Pengenalpastian masalah
2 Perancangan pembinaan projek
3 Pembinaan projek
4 Pengiraan kos
5 Pendokumentasian

4.2 Pembinaan projek (ini adalah produk yang dibuat sendiri oleh pelajar ) mesti ikut spesifikasi beriku

i. membina projek mengikut lakaran yang dipilih
ii.Menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan
iii.Menghasilkan projek yang kemas dan menarik



4.3 Pengiraan kos
i.Menyenaraikan kos bahan, kos upah dan kos overhed dengan betul
ii.Mengira kos bahan, kos upah dan kos overhed dengan betul
iii.Mengira kos pengeluaran dengan tepat

Kos bahan untuk 100 unit
a)BIL BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT ( RM ) JUMLAH KOS ( RM )

1 MDF 100 keping 4.50 = 450.00
2 Perspek 3 mm 100 keping 3.70 = 370.00
3 PVC 65 mm 100 batang 0.30 = 30.00
4 Kertas Las 50 keping 0.40 = 20.00
5 Cat Licau 5 liter (1 tin ) 50.00 = 50.00
6 Paku 1 kilogram 5.00 = 5.00
7 Glu 1 liter (2 tin) 10.00 = 20.00
Jumlah keseluruhan = 945.00

b). Kos Upah
1. Berdasarkan hari :
Kos Upah = Bil pekerja X upah sehari X bil hari
= 2 x RM15.00 X 5
= RM150.00
ATAU
2. Berdasarkan kuantiti pengeluaran :
Kos Upah = Bil pekerja X upah seunit X bil produk
= 2 X RM0.75 X 100
= RM150.00

c.) Kos Overhed
1. Tenaga Elektrik RM 30.00
2. Air RM 2.00
Jumlah kos overhed RM 32.00

d). Kos Pengeluaran = Kos bahan + Kos upah + Kos overhed
= RM 945.00 + RM 150.00 + RM 32.00
= RM 1127.00

4.4 Pendokumentasian
§Mempersembahkan dokumen yang lengkap (Tersusun dan Kemas)
~ Pernyataan masalah
~ Senarai produk sedia ada
~ Kekuatan dan kelemahan produk
~ Idea penyelesaian masalah ( lakaran )
~ Lakaran projek dipilih ( lukisan kerja )
~ Senarai bahan
~ Jadual kerja
~ Pengiraan kos

6 ulasan:

Thifah berkata...

terima kasih di atas maklumat yg diberikan :)

budak ~ dolly berkata...

aslm,tqs kerena bgi maklumat ok ;)

faiqfarzana berkata...

salam..boleh tak bagi jawapan untuk soalan kekuatan dan kelemahan kayu tu??harap dapat dipertimbangkan lah ye permintaan saye ni..tq.

Imanisa riana @ sarimah berkata...

To athifah adnie, budak-dolly dan faiqfarzana..

Terima kasih kerana singgah dan komen.

Maaf, lambat reply sebab ini entry lama.. baru terbaca.

Buat faiqfarzana..
Kekuatan dan kelemahan untuk kayu mana? kalau produk di pasaran, boleh reka saja. kalau keliru, emailkan saja ke sarimahnizar@yahoo.com.my
Insya Allah, saya akan bantu.

Unknown berkata...

boleh tak saya tahu ape 2 kelebihan dan 3 kekurangan penyimpanan barang aksesori?

azieylah berkata...

tq lah sebab bg saya phm apa yg saya kena bt sekarang nih