Ahad, 4 Mac 2012

Makaroni Goreng.

1 mangkuk isi ayam atau daging cincang
1 paket/kotak makaroni
200 gm sayur campur atau brokoli (ikut pilihan)
2 camca besar tomato puree
2 ulas bawang besar di cincang
3 camca besar cili yang dikisar 

1 camca sedang kicap cair 
sedikit minyak masak
daun bawang (dihiris / hiasan)
sedikit keju utk tabur
garam secukup rasa
 

Persediaan Makaroni:
1. Rebus makaroni.

 
2. Masukkan sedikit 1 camca besar marjerin atau minyak masak setelah kembang.








3. Kacau sebati makaroni
 


 




4. Toskan makaroni.

 








 
 Cara Memasak Makaroni Goreng.












1. Sediakan bahan-bahan mengikut kegemaran.


















2. Tumis bawang dengan sedikit minyak dan kemudian masukkan cili kisar.

3. Setelah cili masak, masukkan puree tomato, kicap cair, garam dan isi ayam/daging cincang.

 
 








4. Masukkan makaroni dan kacau sebati.
5. Masukkan sayur dan sesuaikan rasa.
6. Angkat dan hidangkan makaroni. Tabur keju di atas makaroni jika suka.














7. Hias makaroni mengikut citarasa anda... selamat mencuba.

P/s Makaroni goreng adalah hidangan sepinggan lengkap secara barat. Ia sesuai dihidangkan sebagai sajian utama atau sebagai makanan bekal. Hidangan ini mengandungi kelima-lima nutrien yang diperlukan oleh badan.

Tiada ulasan:

Dokumen shaniza.