1 Bahan manakah yang paling sesuai digunakan untuk mencuci luka apabila berlaku kemalangan?
A air suam
B air sejuk
C air sabun
D antiseptik
2 Ketua kumpulan di dalam sebuah bengkel dikenal sebagai
A AJK
B Guru
C Formen
D Penolong Formen
3 Jadual tugas digunakan untuk
A membekalkan maklumat kepada semua ahli
B membekalkan senarai nama penuh ahli kumpulan
C memastikan semua ahli dapat mengamalkan nilai murni
D memastikan semua ahli dapat bertugas mengikut giliran
4 Kegunaan mesin penyedut hampagas adalah
A membersih bahagian alatan yang berkarat
B memadam punca api kebakaran yang kecil
C menyedut habuk dari permukaan lantai dan permaidani
D menghembuskan keluar kotoran daripada alatan elektrik
Murid ditegah berbual semasa menggunakan peralatan atau mesin |
5 Pernyataan di atas merujuk kepada Peraturan keselamatan
A diri
B alatan
C bengkel
D sekolah
6 Antara pernyataan berikut yang manakah dapat membantu murid mengelakkan
kemalangan di bengkel?
I Pastikan lantai tidak berminyak
II Gulung lengan baju yang panjang
III Menggunakan alat-alat yang tidak tajam
VI Gunakan sarung tangan semasa menggergaji
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
7 Apakah maksud konsep 4M yang mesti diamalkan semasa di dalam bengkel?
A Amalan membersih, menyusun atur, menilai dan mendisiplin
B Amalan membersih, menyusun atur, membantu dan menjaga kerja
C Amalan membersih, menyusun atur, menilai dan menghasilkan kerja
D Amalan membersih, menyusun atur, membantu dan menghasilkan kerja
.8 Langkah-langkah di bawah merupakan cara untuk merawat kecederaan ringan
kecuali
A sapukan luka dengan iodin
B bersihkan luka dengan antiseptik
C bawa pelajar yang cedera berjumpa doktor
D balutkan luka dengan plaster atau kain kasa
9 Antara berikut, bahan manakah yang terdapat di dalam sebuah kotak pertolongan cemas?
I Kapas
II Gunting
III Spirit metil
IV Playar muncung tirus
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
10 Label B merujuk kepada alat pemadam api jenis
A air
B buih
C debu kering
D karbon dioksida
11 Antara berikut alat pemadam api jenis manakah yang paling sesuai untuk memadam api dari semua jenis punca kebakaran?
A A
B B
C BC
D ABC
12 Apakah langkah pertama yang perlu diambil jika ternampak punca api kebakaran
dalam Bengkel Kemahiran Hidup?
A Melaporkan kepada guru
B Menuju ke kawasan lapang
C Membunyikan loceng amaran
D Mengosongkan bengkel dengan segera
13 Antara berikut yang manakah urutan langkah-langkah mengendalikan alat pemadam api?
I Cabut pin picu keselamatan
II Halakan “nozel” ke punca api
III Tekan tuas rapat kepada pemegang
A I, II dan III
B I, III dan II
C II, III dan I
D II, I dan III
14 Antara slogan yang berikut, manakah yang paling sesuai diletakkan di dalam
bengkel?
A Sabar Membawa Berkat
B Utamakan Keselamatan
C Peraturan Bengkel Untuk Semua
D Rajin Dan Usaha Tangga Kejayaan
15 Etika dan budaya kerja diamalkan supaya
I menjamin mutu kerja
II memudahkan cara bekerja
III menjadikan tempat kerja lebih selesa
IV memupuk hubungan yang baik antara satu sama lain
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
16 Bengkel Kemahiran Hidup di sekolah perlu dilengkapkan dengan alat
keselamatan seperti
I alat pemadam api
II buku kedatangan pelajar
III kotak pertolongan cemas
IV buku rekod kemalangan dan kecederaan
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
17 Etika kerja bermaksud
A disiplin dan sikap individu terhadap kerja
B amalan tidak membazir dan sentiasa ceria
C peradaban manusia seperti berilmu dan berkemahiran
D cara peradaban yang menjadi amalan dalam organisasi
18 Seorang formen mempunyai tugas untuk
A membersih lantai dan menyusun peralatan di makmal
B memastikan para pelajar menggunakan alat tangan yang betul semasa menjalankan kerja amali
C melakukan kerja penyelarasan tugas membuka dan menutup tingkap di makmal
D memastikan pelajar menjalankan tugas mengikut giliran tugasan masing-masing
19 Langkah keselamatan yang harus diamalkan ialah
A menguji ketajaman pahat dengan jari
B menangkap pahat yang terjatuh kelantai
C menggunakan pahat yang tajam semasa memahat
D menggunakan pahat yang tumpul semasa memahat
20 Seseorang pekerja yang menggunakan mesin gerudi hendaklah memakai kaca mata keselamatan . Antara berikut yang manakah langkah lain yang sepatutnya diambil oleh pekerja itu?
I Memakai kasut bertapak getah
II Mengapit benda kerja dengan ragum
III Menarik pemegang dengan kuat supaya mata gerudi berputar dengan laju
IV Melepaskan pemegang sekali sekala supaya mata gerudi tidak terlalu panas
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
21 Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan organisasi bengkel?
I memupuk etika kerja dikalangan pekerja
II Pekerja dapat menjalankan kerja dengan teratur
III Membebankan pekerja dengan pekerja tambahan
IV Mencegah berlakunya kemalangan dan kecederaan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
22 Antara berikut, yang manakah adalah langkah keselamatan bengkel?
I Sentiasa mengamal tabiat kerja yang baik
II Sentiasa memastikan kebersihan makmal
III Sentiasa menyimpan bahan ditempan yang sesuai dan teratur
IV Sentiasa memastikan suis ditutup sebelum meninggalkan makmal
A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV
23 Apabila berlakunya kecederaan yang kecil di dalam bengkel, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah
A melaporkan kepada guru dengan segera
B menghubungi ibu bapa pelajar tersebut
C melakukan rawatan pertolongan cemas
D menghantar pelajar tersebut ke hospital
24 Mengapakah gergaji yang tumpul tidak boleh digunakan dalam kerja kayu?
A Ia membazirkan tenaga
B Ia melambatkan kerja
C Ia mendatangkan bahaya
D Ia merosakkan benda kerja
25 Pakaian yang sesuai dibengkel semasa menggunakan mesin gerudi elektrik adalah seperti berikut kecuali
A memakai baju berlengan panjang
B memakai sarung tangan
C memakai gogal
D memakai apron
26 Manakah antara berikut ,perlu ada di dalam kotak pertolongan cemas
I Plaster
II Iodin
III Sabun
IV Air mineral
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
27 Apakah yang dimaksudkan dengan organisasi bengkel?
A Cara-cara mengemas kini keadaan di dalam bengkel
B Sistem menyimpan alatan dengan kemas dan teratur
C Sistem tugasan yang menyenaraikan tugas murid dan pembantu bengkel
D Sistem pengurusan yang memerlukan kerjasama antara murid dengan guru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan